21 December 2010

CitCat Gunners: Fabregas Gesa Pasukan Lebih Berani & Berita Perpindahan

Selepas gagal memancing Kapten kita iaitu Fabregas, Barcelona sekali lagi cuba mengeruhkan keadaan dengan kali ini cuba memancing Denilson pula. Barcelona kini bersedia membuat tawaran sebanyak 10 Juta Pound untuk membawa masuk Denilson ke Barcelona. Wah, tak dapat ikan besar, ikan kecil pun jadi ye..memang Barcelona pasang spy kat Arsenal kot.

Kalau Denilson pegi, aku rasa tempat dia agak terhad. Tengok dah la pemain tengah diorg yang bermain di posisi Denilson..Serge Busquets, Mascherano memang cukup mantap, Xavi dan Iniesta memang minta maap la klu nak kacau. Tapi Wolfsburg juga berminat nak dapatkan pemain yang dibawa Wenger ini dari Sao Paulo dengan harga 3.4 Juta Pound.

Dalam pada itu Fabregas masih optimis dengan peluang Arsenal dalam kempen kali ini walaupun telah mengalami 5 kekalahan setakat ini. Baru ini Arsenal tewas ketika kunjungan ke Old Trafford 1-0 dan terlepas peluang untuk meneruskan penguasaan tahta Liga.

Fabregas turut mengesa rakan pasukan agak lebih yakin bila bertemu pasukan besar. Arsenal dilihat agak takut untuk kalah setiap kali bertemu pasukan besar, sepatutnya Arsenal berasa yakin dengan kebolehan sendiri bagi memenangi perlawanan. So ujian seterusnya bertemu Chelsea minggu depan. Harap kali nie Arsenal lebih bersedia, lebih yakin yang kita boleh menang menentang pasukan lebih berpengalaman.

Dalam pada itu, Bendtner yang agak kecewa musim ini dengan hanya membuat 2 kemunculan dalam Liga Perdana itu pun sebagai pemain simpanan. Ternyata kekecewaan ini mahu dibuktikan sekiranya diberi peluang untuk game seterusnya. Ura2 Bendtner akan berpindah mungkin terjadi sekiranya beliau tidak diberikan peluang secukupnya untuk beraksi pada musim ini. Dah makin ramai pemain yang jarang main mula memberontak, so Wenger kena la pandai2 rotate pemain. Kasi la peluang sket.

Ini pula pemain yang di pinjamkan ke Norwich City. Henri Lansbury dilihat bakal menjadi pemain utama Arsenal berdasarkan kenyataan Wenger baru-baru nie. Lansbury ketika ini bersama dengan Carrot sehingga Januari 2011 untuk diberi lebih peluang bermain dan Wenger berkata tidak mustahil Lansbury bakal menjadi pemain penting Arsenal selepas beraksi baik ketika ini. Lansbury menyertai kem latihan Arsenal di Austria pada pra musim dan memberi gol pertama bersama pasukan utama ketika menentang Tottenham ketika Carling Cup.

Seorang lagi pemain Arsenal yang telah dipinjamkan ke German musim lepas dilihat bakal dilepaskan Arsenal. Arsenal kini bersedia melepaskan pemain dari Norway ini, iaitu Nordveit yang merupakan pemain pertahanan kanan tetapi gagal memecah penguasaan Sagna dan Eboue untuk terus bermain. Dengan peluang yang agak tipis, Nordveit dilihat akan berpindah ke Moenchengladbach yang berpengkalan di German.

So cukup dulu setakat ini, game seterusnya bakal menemukan Arsenal menetang Chelsea di Emirates pada hari Selasa jam 4.00pagi waktu Malaysia. So Isni malam Selasa la gamenya, harap sangat Arsenal kalahkan Chelsea kali nie. Pasukan orang tua nie tak berapa power dh lani. So harap anak muda Arsenal berjaya kali nie. Adios!

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan