CitCat Gunners: Chamakh Cabar Gunners Tewaskan Chelsea!

Salam, entry kali ni sebagai perang saraf tuk perlawanan dengan Chelsea Isnin nie. Perlawanan yang tidak kurang pentingnya dengan perlawanan-perlawanan yang lain. Perlawanan yang akan berlangsung di Emirates merupakan pertemuan kedua Arsenal bertemu Chelsea musim ini. Perlawanan pertama kita tewas 2-0 kepada mereka. So kali nie kita perlu berazam mengalahkan merekat di tempat kita sendiri.

Jadi pemain yang lantang menyuarakan hasrat untuk menewaskan Chelsea ialah Marouane Chamakh. Penyerang berusia 26 dari Morroco nie begitu berharap Arsenal dapat mengutip 3 mata penuh dan menjarakkan diri dari pencabar lain. Pertemuan kali ini juga bakal menjadi medan buat Chamakh membuktikan kemampuan beliau dalam perlawanan besar, setakat ini beliau belum lagi menjaringkan gol menentang kelab2 besar.

Chamakh yang pertama kali merasa perlawanan semasa perayaan Krismas, berasa begitu janggal kerana semasa di Bordeaux mereka akan bercuti sempena perayaan dan akan memiliki tempoh rehat yang agak mencukupi. Tetapi memandangkan game dengan Stoke minggu lepas di tunda, so tempoh rehat pemain agak memuaskan. So untuk persediaan perlawanan besar sebegini cukup2 diperlukan.

Kita kini tidak perlu lagi berasa takut menentang pasukan besar, teruskan bermain permainan seperti game2 sebelum nie dan hasilnya kita mampu mengecapi kemenangan. Aku juga berharap Chamakh mampu menunjukkan kebolehan beliau kali nie. Harap Wenger gandingkan beliau dengan Van Persi bagi memberi lebih banyak option dalam serangan Arsenal kali nie. Kalau Drogba bleh score setiap game lawan Arsenal, kenapa tidak ada sorang pun pemain kita yang konsisten score lawan diorang kan?? Mungkin Chamakh akan menjadi kali nie, hopefully. So cukup dulu, adios!!!!

Arsenal Always In Our Heart!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil