Carling Cup: Gunners Layak Ke Separuh Akhir!

Arsenal semakin hampir untuk memenangi piala pertama musim nie, apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir dalam Carling Cup dengan menewaskan Wigan 2-0. Keputusan yang cukup mengembirakan seluruh penyokong The Gunners. Perlawanan yang berlangsung dalam cuaca yang sangat sejuk apabila salji yang mula turun seminggu yang lalu kini bertambah lebat.

Buat pertama kalinya, Wenger membuat pertukaran taktikal dengan menurunkan 2 penyerang, so eloklah lihat barisan pemain yang beraksi awal pagi tadi waktu Malaysia :

Arsenal Carling's Team XI

Szczesny
Eboue---Djourou---Koscielny---Gibbs
Walcott---Denilson---Wilshere---Vela
Bendtner---RvPersi

Subs: Shea, Sagna, Nordveit, Eastmond, Emmanual-Thomas, Arshavin, Nasri.

Kita bermain balik kali nie di tempat sendiri dengen beberapa gerakkan yang berjaya di lancarkan. Tetapi masih gagal memecah kubu lawan sehinggalah keadaan berubah apabila kita mendapat sepakan penuju yang ke berapa tah. Walcott yang mengambil sepakan sudut tersebut mencari Bendtner tetapi bola tidak sampai sebelum Alcaraz tertanduk bola masuk kegawang sendiri. Gol sendiri ini mengulangi aksi yang hampir sama apabila kita mendahului Newcastle dalam perlawanan Carling sebelum ini. Gol dihasilkan pada minit ke-42.

Robin van Persi kembali beraksi, tetapi mengalami sedikit masalah dan masih bergelut untuk memberi aksi terbaik. Korang mesti rindu dengan aksi RvP kita nie kan, dah lama kot tak tengok dia sumbat gol cantek dan amek sepakan percuma yang hensem2 tuh. Tuk game malam nie bukan lah game yang terbaik dari beliau sebelum beliau ditukarkan oleh Eastmond.

Walcott pula beraksi cemerlang disayap kanan kita, seperti biasa lari beliau begitu merisaukan barisan pertahanan lawan. Wigan terpaksa bekerja keras mengawal beliau. Aku nak tengok Walcott nie free injurd, baru boleh dia tunjuk kebolehan dia yang sebenar macam yang dia tunjuk awal musim ritu. Sorang lagi player England yang beraksi baik ialah back-kiri kita, Kieran Gibbs. Aksi beliau sangat baik pagi tadi.

Pertengahan separuh masa kedua, kita berjaya menambah jaringan kedua. Bendtner berjaya menolak masuk bola lorongan dari Carlos Vela yang bijak memperdaya pertahanan lawan sebelum membuat crossing yang cantek kepada Bendtner. Gol hasil pada minit 62.

Dengan ini, Arsenal semakin hampir untuk mengakhiri kemarau piala untun 6 musim yang lalu. So hope kali nie bukan angan2 kosong dari Wenger lagi, perlu buktikan yang musim nie kita betul2 dahagakan piala. Ini ditambah pula dengan kekalahan mengejut Manchester United kepada West Ham dengan 4-0. Bukan main suke aku dengan Man Utd kena belasah pagi tadi.

So kepada Gooners sekalian, mari kita bergembira buat masa sekarang. Weekend nie kita akan menanti pula kunjungan Fulham di Emirates untuk EPL pulak. Hope menang lagi kali nie. Adios!!!

Go Gunners Go!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil