Arsenal mara ke peringkat kalah mati..

Arsenal akhirnya memastikan tiket ke slot 16 besar, selepas menenggelamkan cabaran Partizan Belgrade 3-1 pada perlawanan terakhir Grup H Liga Champions, Dua gol yang menentukan kemenangan "The Gunners" di jaringkan Theo Walcott dan Samir Nasri.

Arsenal seakan mengakhiri perlawanan dengan 1-1 sama, Nasib baik Walcott dan Nasri menjadi pahlawan dengan mencetak dua gol di separuh masa kedua. Dengan kemenangan ini Arsenal berjaya sebagai runner upGrup H di bawah Shakhtar.

Pada minit awal, "The Gunners" terus menyerang. Partizan beraksi baik dan disiplin yang kuat untuk menutup semua pergerakan dua sayap berbisa Arsenal Nasri dan Andrei Arshavin.sehingga 25 minit berlalu, Arsenal masih tak mampu membahayakan gawang partizan.

Gol yang dtunggu-tunggu peminat diEmirates akhirnya terjadi pada di minit ke-30. Van Persie yang berada di kotak penalti dikasari oleh Sasa Ilic, Arsenal di hadiahkan penalti. Van Persie yang memegang lilitan kapten menyempurnakan peluang itu dengan rembatan dahsyat ke sisi kanan gawang Partizan. Selepas jaringan itu Arsenal terus cuba menggempur bertalu-talu, namun gol itu bertahan sehingga wisel rehat dibunyikan.

Arsenal dikejutkan pada minit ke-7 naik rehat, Partizan menyamakan kedudukan menerusi rembatan Cleo Dari dalam kotak penalti yang cuba di halang oleh Squilaici tetapi halangannya mengelirukan Fabienski sehingga bola mudah menyusup masuk ke pintu gol.

Arsenal seperti hilang ketajaman di bahagian serangan, Wenger memasukkan Theo Walcott bagi membantu Chamakh dan V. Persie yang tumpul dan hilang arah. kemasukan Walcott menghidupkan kembali bahagian depan dan dia berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-73. Gol ini berpunca crossing Bacary Sagna dari sayap kanan. Bola gagal diclearkan oleh Marko Jovanovic menggunakan kepalanya kearah lain. bola mudah singgah keTheo Walcott tanpa di marking mana2 defend Partizan.rembatan voli mudah gagal dibaca oleh keeper Partizan, score 2-1 untuk "The Gunners".

Empat minit kemudian, Nasri menambah Gol selepas memanfaatkan kerjasama Alex Song dan Nicklas Bendtner di kotak penalti. Jaringan 3-1 untuk Arsenal tak berubah sehingga wiesl penamat.

Dengan ini Arsenal akan diundi berdepan salah satu Gergasi Barcelona, Real Madrid, Bayern Munchen atau Schalke 04. Wenger tidak berapa risau akan situasi ini, kerana Arsenal akan berjumpa juga mereka jika mahukan gelaran juara. Dan sebagai cabaran kepada pemain mudanya yang terus meningkat.


Susunan pemain
Arsenal:
Lukasz Fabianski; Laurent Koscielny, Sebastien Squillaci, Kieran Gibbs (Emmanuel Eboué 24), Bacary Sagna, Denilson, Alex Song, Andrei Arshavin (Theo Walcott 67), Samir Nasri; Marouane Chamakh (Nicklas Bendtner 76), Robin van Persie

Partizan Belgrade: Vladimir Stojkovic; Mladen Krstajic, Marko Jovanovic, Aleksandar Lazevski, Stefan Savic, Radosav Petrovic, Medo, Cléo, Almani Moreira; Sasa Ilic, Stefan Babovic (Aleksandar Davidov 81)


Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil