27 November 2010

Wilshere Lengkapkan Malam Gemilang Arsenal!

Wilshere menyumbat gol sulung beliau dalam Liga Perdana semalam sekali gus memberi kemenangan mutlak kepada kita. Gol tersebut hadir pada masa tambahan ketika kita tertekan menahan asakan Villa yang kembali garang pada separuh masa kedua.

Berikut barisan permain yang diturunkan Arsenal:

Arsenal Team XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Rosicky---Song---Wilshere
Nasri---Chamakh---Arshavin

Subs: Szczesny, Gibbs, Djourou, Denilson, Walcott, Bendtner, RvPersi.

Arsenal membuat sedikit perubahan dalam pasukan yang tewas 2-3 kepada Spurs tempoh hari dengan memberi peluang kepada Rosicky selepas Fabregas mengalami kecederaan dan beliau juga memegang lilitan kapten pada perlawanan semalam. Wilshere kembali diturunkan selepas direhatkan semasa lawan Spurs, tetapi beliau turun menentang Braga tempoh hari.
Arsenal bermula garang diawal permainan dengan hampir saja membolosi gawang Villa dengan tetapi Chamakh gagal menolak bola masuk selepas Friedel menutup ruang dengan baik. Kemudian Arsenal membuat beberapa lagi serangan yang boleh menghasilkan gol tetapi semuanya gagal.

6 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Arshavin menceriakan kem kita apabila pertahana Villa membuat kesilapan sekali gus membuka ruang kepada Arshavin untuk membuat larian kedalam kawasan penalti Villa sebelum melepaskan rembatan melepasi jangkauan Friedel yang gagal menepis kemas bola tersebut. Dah lama tak tengok Arshavin buat gol macam tu.

Nasri kemudian menambah derita Villa dengan gol kedua kita selepas volley cantik beliau menerjah jaring. Gol yang tidak dijangka tu hadir selepas beliau kecewa terlepas peluang sebelum itu. Kita mendahului Villa 2-0 pada separuh masa pertama. Dengan penjaga gol kita tidak langsung diuji oleh Villa.

Bermula separuh masa kedua, Villa membuat pertukaran dengan menambah seorang lagi penyerang dengan merehatkan Pires yang gagal memberi aksi terbaik. Mungkin jumpa dengan bekas kelabnya menyebabkan dia gagal memberi persembahan terbaik. Maklum la dia dah sebati dengan Arsenal.

Percaturan Villa menjadi apabila Clark berjaya merapatkan kedudukan 7 minit selepas bermula separuh masa kedua. Ia merupakan percubaan pertama Villa digawang kita. Tetapi Fabianski gagal menghalang gol tersebut. Aku melihat Fabianski agak terlindung dan Clichy bertindak agak bodoh apabila tidak menghalang tetapi mengundur kebelakang. Gol tersebut seakan ulangan ketika kita tewas kepada Spurs minggu lepas.

Tetapi kali nie kita tidak mahu lagi kekecewaan lalu menjadi lagi. 4 minit kemudian Chamakh menjadikan kedudukan 3-1 apabila menerima lorongan dari Rosicky. Chamakh bijak menolak melepasi jangkauan Friedel. Gol tersebut masih belum cukup untuk membunuh semangat melawan Villa.

Villa meningkatkan serangan demi serangan untuk mencari gol kedua. Arsenal agak tertekan ketika ni. Villa kemudian mengambil kesempatan melalui set-piece pada minit 71. Hasil dari sepakan penjuru, Clark sekali lagi berjaya mencuri perhatian peminat Villa dengan gol kedua beliau. Aku lihat kegagalan kita dalam set-piece selalunya membawa padah. So kedudukan menjadi 2-3.

Arsenal kemudian membuat beberapa pertukaran yang bijak dengan membawa masuk Denilson, Gibbs, dan Djourou bagi mempertahankan kedudukan bagi memenangi permainan. Ternyata Villa gagal menembusi benteng kita yang dikawal rapi kali ini. Ketika permainan seakan-akan akan berkesudahan dengan 2-3, Arsenal mengejutkan Villa dengan gol dimasa tambahan apabila Wilshere menanduk masuk bola hantaran Chamakh. Kemudian Wilshere meraihkan gol tersebut yang turut diraih oleh penyokong Arsenal yang hadir, ini membuatkan pegawai perlawanan terpaksa menahan mereka dari masuk ke padang.

So dengan kemenangan ini, kita terus mengekori kedudukan Manchester yang menang besar dengan menewaskan Blackburn 7-1 dengan Berbatov menyumbat 5 gol. So harap Chelsea kalah malam nie kepada Newcastle. So aku sertakan sekali highlight Arsenal v Villa. So, enjoy the game!Adios!!

1 comment:

  1. Lol great win i finally got good mood...Last week i didn't want to watch football at all after that lost LOL

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan