Result: Arsenal Tewas Lagi, Tapi Kali Ni Kepada Braga 2-0!

Takda pa lagi nak dikatakan lagi, aku tak dapat nak bagi gambaran kasar game pagi tadi sebab live takda, delay memang tak tengok la pas dah tau result. So berdasarkan statistik game pagi tadi ternyata Arsenal la yang mengawal permainan. Tetapi kita tengok, Shot on target hanya satu (1). Ai main bagai nak rak, shot on target 1 je. Tak tau la pe nak jadi sejak dua menja nie. Aku rasa pemain yang Wenger turunkan kali nie kurang kreatif dan hilang fokus.

Ini sebab kita tak sepatunya kalah kepada Braga bagi melayakkan diri ke perlawanan kalah mati. Tapi macam aku kata kat post preview sebelum nie la, rekod kita kat Portugal sangat buruk..tak pernah menang sepanjang 5 kunjungan terakhir kita ke sana. So game kali nie tak memberi banyak perubahan.

Braga memerangkap kita selepas melihat kecuaian kita diakhir permainan dengan Matheus menjaringkan 2 gol. Gol pertama hasil serangan balas yang berjaya dibuat Braga. Matheus berjaya melepaskan perangkap offside kita sebelum menewaskan Fabianki dengan mudah.

Gol kedua muncul hasil serangan balas Braga juga. Kesilapan Denilson yang gagal mengekang pemain Braga membawa padah selepas Matheus merampas bola muntah akibat kecuaian Denilson. Sebelum Matheus membuat larian dan melepasi kawalan Gibbs dan Squillaci yang gagal mengekang beliau sebelum beliau terus merembat masuk melepasi Fabianski.

Game pagi tadi memberi tamparan hebat juga kepada kita selepas Fabregas dikeluarkan pada minit ke-69. Nie la bahana bila Wenger mengambil risiko menurunkan pemain yang tak cergas sepenuhnya. Tapi kecederaan Fabregas tak la merungsingkan kita sangat sebab ada pemain lain lagi yang boleh mengantikan beliau, cuma keyakinan fan kepada Arsenal sedikit menurun untuk game seterusnya nanti. So Fabregas dijangka akan berehat selama 3 minggu.

Game pagi tadi gak memperlihatkan kelemahan pengadil yang tidak memberi sepakan penalti pada minit ke-77, ketika kita terdesak mencari gol pendahuluan. Vela dijatuhkan oleh Alberto Rodriguez dalam kotak penalti. Tetapi pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada Arsenal.

Akibatnya Vela dikenakan kad kuning kerana dikatakan sengaja menjatuhkan badan dalam kotak penalti. Come on la pengadil, kesalahan depan mata hang kot..Detik nie menjadi turning point game pagi tadi kepada kekalahan Arsenal kepada Braga. Jika kita berjaya mendapat penalti nie, aku rasa dah settle game pagi tadi menjadi milik kita. So akibatnya Braga mengambil kesempatan atas kecuaian serta hilang fokus team kita dengan membuat serangan balas yang sangat berhasil.

So aku rasa cukup dulu la ulasan ringkas tuk game pagi tadi. Arsenal perlu membuat come back secepat mungkin tanpa kelibat Fabregas bagi mengembalikan semula keceriaan selepas terus dipalit kekalahan demi kekalahan. So kepada Wenger dan anak buah, tingkatkan prestasi anda secepat mungkin, kami akan terus menyokong Arsenal.!!! Adios!

Update: nie highligh game smlm..saksikan!


Alway Be A Gooners!!! Forever Arsenal!!!

Comments

  1. mmg shit la.... wenger kena ubah tactic cara arsenal bermain.... finishing mmg very2 bad.... tumpul!! control game tp xleh nk score.... kena cuba balik formation dulu2 4-4-2... letak 2 striker... mmg aku xleh terima kalo kita control game tp xleh score dn kalah.... prossession 71-29 jauh beza tu.... kena 2bijik lak tu.... kalo tngk mmg geram.... nasib baik xde siar live.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil