23 November 2010

Preview UEFA CL Match 5th: FC Braga v Arsenal at Estadio AXA

Okeh, malam nie merupakan malam yang sesuai buat kita untuk melupakan kekalahan yang memalukan di Emirates kepada Spurs pada Sabtu lepas. Malam nie kita akan berkunjung ke Estadio AXA bagi menghadapi satu lagi perlawanan penting bagi menentukan hala tuju kita dalam UEFA Champion League. Adakah kita akan mengembalikan keceriaan dengan kemenangan keatas Braga??Atau terus dipalit kekalahan demi kekalahan??

Untuk preview kali nie, aku rasa lebih elok aku mulakan dengan zero. Kita sebenarnya telah kembali kepada basic. Perlu belajar kembali selepas kekalahan yang memalukan tempoh hari. Kita perlu lebih kuat dari segi mental dan fizikal bagi kunjungan kali nie. Nie kerana rekod kita di Portugal sangat tidak memberangsangkan. Kita kalah 2 kali dan seri 3 kali sepanjang kunjungan kita di Portugal dalam semua kejohanan. So apa kita nak buat tuk game kali nie??

Melihat rekod Arsenal musim nie, kita boleh lihat bahawa rekod ditempat lawan kita lebih baik berbanding rekod tempat sendiri. So kunjungan kali nie memberi signal bahawa Braga tak boleh pandang enteng kepada pasukan kita. Untuk rekod ditempat lawan, kita hanya kalah 2 kali sahaja sepanjang musim nie ditempat lawan dalam semua kejohanan. Kalah sekali kepada Chelsea dalam EPL dan kalah kepada Shaktar Donetsk.

Wenger yang agak kecewa dengan persembahan anak buahnya berhasrat akan merehatkan beberapa pemain, dan akan memberi peluang kepada pemain lain untuk beraksi. Chamakh dijangka akan direhatkan dan akan memberi peluang kepada Bendtner selepas memulaukan beliau sekejap tempoh hari. Nasri, Clichy serta RvPersi dijangka tidak akan dibawa ke Braga. Gibbs juga akan turut beraksi menandangkan Clichy mengalami kecederaan belakang. Djourou pula dijangka akan mengantikan Koscielny serta kelibat Wilshere akan dapat kita saksikan nanti.

Bendtner kembali dipanggil Wenger selepas 2 perlawanan di pulaukan. Besar kemungkinan selepas beliau mengkritik dan mengancam akan meninggalkan Arsenal selepas beliau tidak diberi peluang untuk beraksi. Aku harap la Bendtner dapat beraksi dengan baik kali nie. Kasi gegar gawang Braga. Walcott pula sudah pasti akan beraksi kali nie selepas kecewa hanya diturunkan sebagai pemain gantian. So aku rasa nie la barisan terbaik Arsenal tuk bertemu Braga kali nie :

Arsenal's Predict XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Djourou---Gibbs
Fabregas---Denilson---Wilshere
Walcott---Bendtner---Rosicky

Apa pun pemain yang diturunkan Wenger kali nie semestinya kita mengharapkan yang mereka dapat memberi persembahan yang terbaik. Tak boleh lagi kalah perlawanan kali nie. Prestasi Braga kali nie juga tidak berapa baik dengan kalah 2 perlawanan berturut2 dalam Liga Portugal. Tetapi harimau yang terluka kadang kala agak bahaya bila kita berkunjung ke kandang mereka, mereka semestinya mahu mengecapi semula kemenangan dengan mengalahkan pasukan kita. So kunjungan kali nie perlu lebih berhati-hati supaya tidak terlalu yakin untuk mengulangi kemengan besar di Emirates pada game pertama CL musim ni.

Wenger memberi kata dua kepada anak buahnya agar kembali ke landasan kemenangan jika mahu memenangi piala pada musim nie. So mahu tak mahu Fabregas and the gang perlu buktikan kali nie, tak boleh lagi mempersia-siakan peluang di depan mata. Jika kita menang perlawanan ini, kita akan terus memimpin carta dengan 12 mata. So kedudukan kita tidak akan terancam lagi bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati nanti.

So awal pagi nanti jam 3.45 pagi, Arsenal akan turun beraksi menentang Braga. Ada live ke??memang tak ada la, Delay saja yang ada kat Astro jam 5.30 pagi. Sapa yang ada masa, boleh la tunggu Delay tersebut. Kepada yang tak sabar2 gak nak tengok, boleh cari link online tuk game pagi nie. Kompom ada. So aku pun salah sorang yang akan cari link mlm nie..hehe...

So tak mau dh dengaq gaduh2 kat chat room ArsenalMalaysia. Kita semua sedara meh, kalah menang adat. So nak kutuk tu boleh, tp cover2 sket la. Ok, teruskan sokongan korang kat Arsenal n ArsenalMalaysia.blogspot.com..Adios!!!

p/s: aku predict pagi nie Arsenal menang 3-0.ahakh!

Go Gunners Go!!!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan