Preview Match 15: Aston Villa vs Arsenal at Villa Park.

Salam Gunners, sory aku lambat post preview kali nie. Badan aku tak sehat sket rini, maybe kena hujan smlm kot. Ingat nak MC dah rini dari post preview, tapi aku try gak yg terbaik tuk team kesayangan kita nie. Ok, so hari nie tak banyak beza dari hari2 sebelum nie, satu lagi perlawanan Liga Perdana akan kita harungi, kali nie berkunjung ke Villa Park menentang Aston Villa.

Perlawanan malam nie merupakan perlawanan yang agak penting bagi kita untuk terus membuktikan yang kita betul2 serius mengejar piala Liga Perdana. Kini hanya 2 mata dipisahkan dengan pendahulu Chelsea. Aku rasa tak ada masalah kepada kita untuk mengejar Chelsea. Tapi perlu memberi yang terbaik untuk game malam nie.

Arsenal bakal kehilangan kapten pasukan, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan hamstring ketika bertemu Braga malam Rabu lepas. Dengan Squillaci bakal mengambil lilitan kapten dan mengetuai kita pada malam nie. So mahu tak mahu kita perlu mengunakan pemain yang sedia ada bagi mengharungi Aston Villa yang selalunya membawa masalah kepada kita. Semestinya perlawanan hari nie dinantikan oleh peminat kita, kerana perlawanan di Villa Park selalunya menghiburkan dengan Villa bakal menurunkan pemain muda mereka dibarisan tengah selepas ramai pemain mereka mengalami kecederaan. Steve Banna merupakan pemain yang sedang meningkat naik ketika ini. Ashley Young dan Downing dijangka akan memberi masalah kepada kita.

Kita juga akan membuat perubahan dalam pasukan yang tewas kepada Braga baru nie, dengan Sagna akan mengambil tempa Eboue yang cedera. Djourou dijangka akan dikekalkan, tetapi aku merasakan yang Wenger lebih suka menurunkan Koscielny. Tolong kali nie bagi peluang kepada Djourou. Gibbs pula akan dikekalkan selepas Clichy mengalami sakit belakang. Barisan tengah semestinya akan diketuai oleh Nasri bersama Wilshere serta Song. RvPersi mungkin akan diturunkan, bergantung kepada keadaan beliau dengan Chamakh masih menjadi pilihan Wenger. Walcott pula yang kurang beraksi dijangka akan mengambil tempat disebelah kanan. Berikut merupakan jangkaan barisan penuh pemain malam nie:

ArsenalMalasysia's Predict XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Djourou---Gibbs
Nasri---Song---Wilshere
Walcott---Chamakh---Arshavin

Wenger kali nie dilihat bakal berjuang bermati-matian bagi menamatkan kekalahan 2 kali berturut2. Ni bukan kali pertama kita dalam situasi begini, sebelum nie kita penah kalah kepada Newcastle kemudian kepada Shakhtar. Tetapi anak buah Wenger memberi respon yang baik dengan menewaskan Wolves. Kemudian kita terus menang dengan Everton. Cuma rekod kita tak baik musim nie selepas 15 perlawanan sekatak nie, kita dah kalah 4 perlawanan.

Menariknya perlawanan malam nie, kita bakal berhadapan dengan salah sorang lagenda kita, sapa lagi klu bukan Robert Pires. Korang mesti ingat lagi aksi beliau bersama kita?? mahu tak ingat, aksi paling tak boleh lupa masa dia nak amek penalti yang pelik, cuba pas kepada Henry tapi tak jadi plak. Bagi aku, Pires merupakan antara pemain terbaik yang penah kita miliki. Beliau sempat berlatih di kem Arsenal sebelum di sambar oleh Villa 10 hari kemudian. Sebelum tu beliau berharap Wenger akan mengambil beliau, tetapi Wenger menegaskan ketika ini tiada tempat buat Pires. Ini membuatkan beliau menerima pelawaan Villa.

So malam nie perlawanan akan bermula jam 8.40 malam. Live di Astro 812/832 in HD. So malam nie ayuh kita ke venue masing2, lepak mamak ke, tengok kat port ArsenalMalasysia ke Area TTDI Damansara or boleh tengok bersama family kat umah. So aku rasa cukup dulu setakat nie. Harap Arsenal bangkit dari kekalahan sebelum nie. Adios!!!

p/s: malam nie nak predict gak lah..hehe..aku rasa kita akan menang..2-1. Go Chamakh! Korang plak predict???

We Believe Arsene Wenger!!!Go Gunners Go!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil