Preview Match 13: Everton v Arsenal at Goodison Park

Perlawanan ke-13 Arsenal tuk musim nie ialah berkunjung ke Goodison Park. Pasukan yang diberi jolokan Mersey merupakan pasukan yang selalu memberi masalah kepada pasukan kita tetapi sering kali kita dapat atasi mereka lagi2 game di Goodison Park. Tapi adakan takdir akan berubah tuk game kali nie?? Mari kita lihat secara rawak prestasi Arsenal bertemu Everton dan prestasi terkini pasukan masing2.

Tuk rekod, musim lepas kita berjaya mengalahkan Everton dengan 6-1 pada aksi pembukaan Liga. Kita juga pernah menang di Mersey semasa zaman Highbury dengan 7-0. Tetapi tu sumer rekod lampau yang hanya boleh dilihat dan dikenang sebagai kenangan manis pasukan kita. Tetapi tuk musim nie ianya sangat berlainan.

Sepanjang 7 perlawanan terakhir, Everton tak pernah tewas dengan menang 3 dan seri 4 kali termasuk kemangangan keatas jiran tertangga mereka iaitu Liverpool dengan 2-0. Melihat prestasi terkini mereka, aku yakin kali nie Everton telah bersiap sedia menanti kunjungan kita dan akan memberi aksi yang terbaik kali nie. Tetapi dua perlawanan terakhir mereka berkesudahan seri.

Tuk pasukan kita pula, kita baru kembali mengecapi kemenangan selepas dikecewakan Newcastle seminggu yang lalu tetapi membalas kembali dengan kemenangan yang selesa dengan mengalahkan Wolverhampton. Tetapi aku sedikit bimbang dengan prestasi pasukan kita ketika ini, sangat tidak konsisten walaupun bermain dengan baik. Adakah kita merindui aksi Robin van Persi??Bagi aku sudah tentu, tetapi aku masih berharap Chamakh akan terus memberi persembahan baik dengan memberi kemenangan kepada pasukan kita seperti yang beliau lakukan 3 hari lepas menentang Wolve. Fabregas pula masih belum menemui rentak sebenar beliau, aku rasa masalah kecederaan beliau sedikit sebanyak memberi kesan kepada aksi beliau. Buat pertama kalinya aku berasa yakin dengan Fabianski tuk musim nie selepas beberapa game beliau telah membuktikan yang beliau boleh menjadi penjaga gol terbaik dunia. Squillaci pula sudah semakin mengukuhkan tempat dan Wilshere yang mendapat kabar gembira dipanggil ke skuad England akan terus diturunkan Wenger. Arshavin pula dilihat akan memulakan aksi.

So nie merupakan barisan kemungkinan Arsenal pada malam nie :

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Djourou---Clichy
Fabregas---Song---Wilshere
Walcott---Chamakh---Arshavin

So game malam nie akan berlangsung di Astro ESPN812 pada jam 10.00mlm..so,ayu la Gooners Semalaysia kita penuhi venue terdekat dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Arsenal. Aku yakin kali nie kita akan meneruskan rentak cemerlang dan aku predict Arsenal akan menang 2-1. Kamon Fabregas..Satu gol la malam nie..So adios!!!

GO ARSENAL GO!!!!

Comments

  1. Jumpa Everton selalu nya meresahkan, tak semena-mena dia orang popular sebagai pasukan kaki upset.

    Apa pun yakin menang dan Everton tetap akan dapat jaringkan sesuatu bila jumpa Gunners.

    ReplyDelete
  2. kalau persie dapat main malam ni lagi seronok, mintak2 le arsenal menang pas tu chelsea kalah, baru seronok sikit kan, dah le man utd seri dan man city juga seri, ni lah peluang terbaik merapatkan jurang ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil