11 November 2010

Opsss I'm Sorry...sbb lambat post result game pagi tadi. Pagi tadi aku bangun tengok game Arsenal walaupun hanya pakai online saja,tapi memang puas hati game pagi tadi. Mesti sumer dah tau yang team kita kembali kelandasan kemenangan dengan jayanya. So aku nak kongsi sket barisan pemain yang di turunkan Wenger pagi tadi :-

Arsenal's TeamXI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Djourou---Clichy
Fabregas---Song---Wilshere
Rosicky---Chamakh---Arshavin

Untuk game pagi tadi Wenger membuat sedikit perubahan yang positive, memasukkan pemain berpengalaman terutamanya Arshavin dan Rosicky. Fabianski turut dikekalkan sebagai penjaga gol No.1 kita. Fabregas yang masih dalam keraguan mengenai tahap kecergasan beliau turut diturunkan. Harapan kita untuk game kali nie melihat anak buah Wenger bangkit dari kekalah kepada Newcastle pada Ahad lepas.

Chamakh yang dikecam oleh kebanyakkan penyokong the Gunners pada aksi Ahad lepas membuktikan yang beliau mampu membantu pasukan kita pada kali nie. Beliau telah menjaringkan gol pendahuluan diawal permainan ketika permainan baru bermula kira2 37saat hasil dari crossing yang cantik dari Song. So lepas gol pendahuluan tu kita terus menguasai game dengan baik. Arshavin dan Fabregas terlepas peluang meletakkan pasukan kita selesa mendahului apabila terlepas peluang yang diberi.

Wolve juga tak kurang hebatnya, telah berusaha keras untuk mencari gol penyamaan dengan gerakan dari Jarvis serta Milijas memberi sedikit tekanan kepada barisan pertahanan kita. Fabianski juga memberi persembahan yang memberangsangkan dengan aksi penyelamat yang begitu baik.

Separuh masa kedua kita masih tercari-cari gol kedua tetapi pasukan Wolve kental bertahan disamping memberi begitu banyak masalah kepada barisan pertahanan kita. Terutamanya 15minit terakhir, nasib baik kali nie kita tidak mudah leka dan berasa selesa dengan gol pendahuluan yang kita dapat diawal permainan. Chamakh menjadi hero kita sekali lagi apabila menjaringkan gol kedua sekali gus membunuh semangat melawan dari Wolve. Yang menariknya gol tersebut terjadi sejurus selepas Fabianski menyelamat rembatan deras Stearman yang boleh menghasilkan gol penyamaan. Fabianski bertindak pantas sebelum membuat serangan balas sebelum Fabregas mengumpan kepada Chamakh yang berjaya melepasi perangkap offside.

Game pagi tadi juga agak kontrovesi selepas Fabregas didapati bersalah membentes pertahanan Wolve iaitu Ward, tetapi nasib baik la dia tak masuk wad..hehe...Hasil kekasaran tersebut aku ingat Fabregas nak kena kad merah dah, nasib pengadil Mark Hasley hanya memberi kad kuning saja. So Fabregas terlepas hukum yang lebih berat. Tetapi selepas permainan dikatakan yang Fabregas segera memohon maaf atas kekasaran tersebut, katanya tak sengaja..Opss I'm Sorryyyy!

Fabregas juga semakin baik beraksi walaupun terlepas sekurang-kurangnya 3 peluang keemasan untuk menambah jaringan Arsenal. Apa pun result pagi tadi, Arsenal dh bagi yang terbaik dah kat tempat lawan tuk musim nie. Kita perlu lebih konsistent kat tempat sendiri tuk mengejar kejuaraan pada kali nie.

Tuk pemain terbaik pagi tadi, rata-rata memilih mamat kerdil dari Russia nie..Dah lama Arshavin tak main, beliau kali nie menunjukkan aksi yang berlainan dari sebelum ini. Memberi begitu banyak masalah kepada pertahanan Wolve apabila bola dikaki beliau. Peluang separuh masa pertama gagal disempurnakan ketika hanya berdepan dengan penjaga gol Wolve sahaja. Mana kala separuh masa kedua susah tentu sepakan padu beliau yang terkena tiang gol.

So dengan keputusan pagi tadi Arsenal terus mengejar pendahulu, Chelsea yang menang nasib keatas Fulham. Tetapi bermain 10 orang selepas pemain yang memberi gol pendahuluan kepada Chelsea iaitu Essien telah dibuang padang. Perlawanan derby Manchester pulak berkesudahan seri 0-0, aku rasa game paling boring tuk pasukan besar tuk musim nie. So lepas nie kita akan berkunjung ke Goodison Park untk bertemu Everton pada hari Ahad..Sebelum tu kepada yang tak tengok game pagi tadi boleh tengok highlight kat bawah nie..


So cukup dulu sampai disini saja..Adios Amigos!!!

In Wenger We Believe!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan