07 November 2010

Oh Carroll..!! Newcastle Tewaskan Arsenal

Melihat kepada keputusan pada malam nie, kita masih kekurangan jentera serangan yang mampu memusnahkan benteng lawan yang lebih sasa dari kita. Tengok saja la macam mana Coloccini dan Williamson mengawal ketat Chamakh dan Walcott. Barisan pertahanan kita juga ternyata terlalu kerdil untuk menahan asakan set-piece dari penyerang yang memiliki kelebihan bentuk tubuh yang lebih sasa dan tinggi dari pertahanan kita.

Berikut adalah barisan permain yang diturunkan Wenger pada kali nie:

Arsenal's XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Fabregas---Song---Wilshere
Walcott---Chamakh---Nasri

Wenger kembali menurunkan Fabregas dan Chamakh setelah merehatkan mereka pada game yang lalu ketika kalah kepada Shakhtar Donetsk. Tetapi kita melihat aksi Fabregas pada kali nie merupakan aksi yang agak buruk dengan begitu banyak melakukan kesilapan hantaran, cuma sekali sekala gerakan yang dibuat beliau nampak seakan berbahaya kepada pihak lawan.

Newcastle yang berada dikemuncak prestasi setelah membelasah pasukan jiran mereka iaitu Sunderland tempoh hari nampak begitu bersemangat ketika berkunjung ke Emirates. Hughton menurunkan pasukan terkuat beliau dengan Carroll dan Ameobi dibarisan hadapan, Barton dan Nolan mengemudi barisan tengah dan Williamson dan Coloccini di barisan pertahanan. Krul sebagai penjaga gol.

Aku menjangkan yang kita akan menghadapi sedikit masalah ketika menanti kunjungan Newcastle, dan ternyata diawal permaianan Newcastle ternyata mengawal permainan tetapi Arsenal kembali mengambil tampuk permainan dengan beberapa serangan selepas itu. Tengok statistik separuh masa pertama sudah la..7 corner..tapi satu pun tak boleh sumbat gol,kat mana silapnya? aku melihat kelebihan fizikal Newcaslte menenggelamkan set-piece kita pada malam nie.

Newcastle hanya perlukan satu serangan yang berkualiti saja, berpunca dari sepakan percuma Barton di tengah padang Carroll berjaya melonjak menewaskan pertahanan serta penjaga gol kita dengan begitu mudah sebelum bola masuk kegawang yang tidak dijaga..dimana silapnya? bagi aku Fabianski dah beraksi cemerlang menjaga gawang Arsenal pada malam nie..cuma kelebihan yang tidak ada pada kita yang memberi Newcastle kemenangan pada malam nie.

Arsenal juga berpeluang menjaringkan gol, tetapi penjaga gol Newcastle beraksi begitu baik pada malam nie.Krul telah mengagalkan kesemua peluang kita,setiap rembatan di tepis dan ditangkap kemas. Selalunya macam tu la penjaga gol lawan ketika bertemu Arsenal..tetiba ja power semacam..yang paling cemerlang apabila Krul menepis sepakan Nasri yang boleh dikatakan bola tersebut sepatutnya menerja jaring,tetapi aksi menyelamat Krul lebih cemerlang.

Aksi kita diburukkan lagi selepas Koscielny diperintah keluar padang selepas menarik Nile Ranger yang dilihat berada dalam posisi last man..so nie merupakan kad merah kedua untuk musim pertama beliau bersam Arsenal..aish,kena gantung lagi..3 game plak tuh..Vermaelan cepat la sembuh..kami memerlukan anda.

Tetapi sedikit kegembiraan dikem kita kali nie selepas Robin van Persi dilihat kembali cergas sepenuhnya selepas beliau masuk mengantikan Chamakh. RvP dilihat beraksi begitu baik tetapi malangnya gagal membantu pasukan kita dari menerima kekalahan kedua ditempat sendiri pada musim nie..yang bestnya team kita kalah kat tempat sendiri semuanya ditangan kelab yang baru naik division..fakta yang kurang best tuk musim nie..

Apa pun mata kita tetap tak berubah dengan pasukan pendahulu liga, iaitu Chelsea dengan 5 mata sahaja selepas Chelsea kalah ditangan Liverpool 2-0..so peluang kita masih terbuka..cuma rugi sepatutnya kita mampu mendekatkan lagi mata keada 2 mata sahaja..pa pun keputusan malam nie..kita terus la menyokong pasukan kesayangan kita nie..ada perlawanan kita menang ada juga perlawanan yang kita terpaksa menelan kekalahan sebegini..

So akhir kata..adios amigos!!!

Forever Arsenal!!

1 comment:

  1. fbregas agak lembik lps baik drpd cedera hr tu..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan