22 November 2010

Nasri : Gallas Pengkhianat..

William Gallas kesal atas sikap Samir Nasri yang tidak bersalaman dengannya.

Ketika perlawanan antara Arsenal dan Spurs tempoh hari, untuk pertama kalinya Gallas kembali menjejakkan kaki ke Emirates sebagai musuh. Kebiasaannya seorang pemain yang khianat dan pindah ke kelab musuh, seperti dilakukan Gallas, akan mendapat sambutan yang kurang menyenangkan dari pemain mahupun penonton.

Walaupun Gallas mendapat sambutan agak baik dari peminat "Meriam London", tapi tidak dengan Nasri. Nasri menolak bersalaman dengannya sebelum perlawanan.

"Saya tahu akan terjadi seperti ini, tapi ketika anda sebagai pemain profesional, Anda tentu mengharapkan sambutan dari bekas kelab lama. Saya melihat penonton baik kepada saya, ia mengingatkan saya semasa bermain empat tahun di Emirates," katanya.


Gallas dan Nasri tidak begitu rapat ketika masih di Arsenal walaupun mereka bekerja sama di atas padang. Namun, bagi Nasri, Gallas ke Spurs merupakan pengkhianatan yang tak boleh dimaafkan, ini menjadi alasan tepat untuknya tidak bersalaman.

Aku sangat menghargai cara pemain untuk tetap setia dengan bekas kelabnya. Dan aku tak dapat membayangkan pemain pergi dan bersama dengan kelab musuh. Ada banyak kelab lain di London. Tapi kenapa memilih berpindah ke Tottenham? , aku tak boleh menerimanya sama sekali," kata Nasri.

Di masa akhir bersama Arsenal, hubungan Gallas dan pemain Arsenal tidak begitu mesra. Selain Nasri, beberapa pemain seperti kapten Cesc Fabregas juga tidak sehaluan dengan Gallas...


2 comments:

  1. nasri la... tengok pun tau orang ni tak sporting...

    ReplyDelete
  2. Personal hatred and doesn't affect Nasri much on his performance....

    -arsenalkorner-

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan