30 November 2010

Latest Injury News: Squillaci Pula Cedera, Arsenal Dalam Krisis?

Arsenal sekarang berdepan dengan masalah kecederaan dibahagian pertahanan dengan berita terbaru melibatkan pemain pertahanan regular kita iaitu Sebastian Squillaci yang mengalami kecederaan lutut ketika kemenangan kita keatas Villa, Sabtu lepas. Masih belum diketahui berapa lama beliau akan berehat tetapi yang pastinya perlawanan menentang Wigan dalam Carling Cup hari nie, beliau tidak akan beraksi.

Sepanjang kempen kali nie, aku melihat Squillaci merupakan pemain yang berbaloi dalam musim perpindahan baru nie selain Marouane Chamakh. So aku harap next game jumpa Fulham nanti di Emirates, Squillaci sempat pulih memandangkan kecederaan beliau tidak la seteruk yang dijangkakan.

Abou Diaby pulak masih dalam proses pemulihan kecederaan buku lali yang dialami beliau ketika kemenangan 5-1 keatas Shakhtar Donetsk. Hampir 2 bulan beliau tidak bermain, skuad perubatan kita sedang giat berusaha memulihkan Diaby secepat mungkin. Kini beliau sudah boleh membuat latihan ringan dengan menendang bola. Tetapi keadaan beliau masih lagi tidak mengizinkan untuk beraksi. Diaby juga merupakan pemain penting kita walaupun kadang kala tidak digemari oleh segelintir penyokong.

Ini pulak berkenaan pertahanan kental kita yang terakhir beraksi untuk kita pada 28 Ogos 2010. Aksi Vermaelen sangat2 di rindui oleh semua penyokong dan pemain Arsenal, ini kerana sejak ketiadaan beliau benteng kita mudah dibolosi. Vermaelen mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa bersama Belgium pada bulan September lepas. Kecederaan Achilles beliau merupakan kecederaan yang akan misteri berdasarkan laporan perubatan kita, ini kerana tidak dapat diketahui berapa lama lagi beliau akan berehat. Sebarang pembedahan juga tidak diperlukan, hanya perlu berehat dan terus berharap kecederaan beliau sembuh dengan sempurna.

Agak pelik aku dengar, tapi itu la yang terjadi kepada pertahanan terbaik kita untuk musim lepas ni. Ketiadaan Squillaci dan Vermaelen akan menambahkan lagi kegusaran dalam hati penyokong Gunners. Tetapi walau apa pun yang terjadi, aku yakin yang Arsene Wenger punyai jalan penyelesaian yang sempurna bagi meneruskan lagi rentak kita untuk musim ini. So aku rasa cukup dulu, adios!!

Trust Arsene Wenger!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan