26 November 2010

El Clasico: Fabregas Beri Sokongan Kepada Barca!

Semua menantikan pertembungan antara Barcelona v Real Madrid pada hari Isnin nie. Tidak terkecuali kepada Fabregas yang menyatakan sokongan beliau kepada bekas majikan lama beliau. Beliau tidak jemu-jemu memuji pemain terbaik dunia, sapa lagi kalau bukan Lionel Messi.

Beliau merasakan kelibat Messi di Barcelona sebagai fenomena. Dengan kekuatan fizikal beliau, merupakan pemain yang susah mendapat kecederaan dan yang paling penting Messi sering kali menjaringkan gol bagi Barcelona setiap musim, Messi semestinya pemain dari planet lain dengan persembahan beliau ketika ini. Beliau juga memuji pemain tengah terbaik dunia yang dimiliki Barcelona, iaitu Xavi dan Iniesta. Beliau merasakan mereka merupakan pemain kembar di Barcelona yang berjaya membawa kejayaan kepada Barcelona. Tidak ada pasukan lain yang memiliki pemain tengah sebaik mereka.

Tetapi beliau juga menyatakan kebimbangan selepas Real Madrid menandatangani Jose Mourinho. Real dilihat kembali bahaya selepas Mourinho mengambil alih. Real ketika nie tidak pernah kalah dalam La Liga dengan mendahului Barcelona dengan jarak 1 mata sajaha. Ketikat Mourinho di Chelsea, beliau berjaya membina pasukan Chelsea sehingga menjuarai Liga Perdana buat pertama kali. So tiada bezanya kali nie, Madrid dilihat lebih baik dari sebelum nie.Tapi beliau juga berharap kunjungan Mourinho ke Barcelona kali nie akan memberi pengajaran kepada beliau.

Buat pengetahuan semua, Fabregas ketika nie pulang ke Barcelona bagi menantikan detik El Clasico nie. Beliau merasakan tidak akan terlepas aksi Barcelona - Madrid memandakan beliau sendiri merupakan penyokong setia Barcelona. Seluruh ahli keluarga beliau akan menyaksikan perlawanan ini. Fabregas diberi pelepasan kali nie selepas mengalami kecederaan hamstring dan dijangka akan berehat sekurang-kurangnya 3 minggu. So kepulangan Fabregas ke kampung halaman beliau menjadi tarikan media.

Beliau sempat ditanya berkenaan kemungkinan akan berpindah ke Barcelona musim depan?? Di balas beliau dengan " Jangan mulakan..", So aku rasa Fabregas masih menghormati Arsenal dan seluruh penyokong Arsenal. Aku rasa tindakan beliau sangat tepat. So don't gossip2, tumpukan perhatian untuk musim nie. Kepada Fabregas...Get Well Soon!!! adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan