25 November 2010

CitCat Gunners: Ramsey Di Pinjamkan Ke Nottingham Forest!

Gud Morning..awal plak aku post citer rini, maybe kejer relex sket rini kot..hehe..ok2 aku rasa terpanggil nak post citer pasal skuad kita kali nie sebab...Ramsey dah kembali bermain selepas berehat hampir 9 bulan. Baru nie Ramsey dah buat comeback apabila turun menentang Wolvers dalam pasukan reserver kita. Hanya bermain 45 minit pertama cukup memberi gambaran yang Ramsey kini tidak sabar2 nak buat kemunculan dalam kesebelasan utama kita.

Tapi untuk meningkatkan tahap kecergasan dan skill beliau, Wenger telah memberi lampu hijau kepada beliau untuk di pinjamkan ke Nottingham Forest sehinggal la Januari nanti. Aku rasa langkah nie cukup baik bagi memulihkan keyakinan beliau sebelum membuat kemunculan semula.

Imbas kembali dekit hitam dalam karier beliau, Ramsey mengalami patah tulang kaki kanan beliau selepas dibentes keras oleh Shawcross, pemain Stoke City. Ketika itu beliau dalam prestasi terbaik selepas berjaya menyelit ke dalam pasukan utama kita dan beraksi begitu cemerlang. Sayangnya karier beliau terhenti seketika, kini beliau berazam mahu kembali ke skuad utama secepat mungkin.

Kepada Ramsey, tahniah sebab dah boleh beraksi. So lepas nie aku harap sangat mamat Wales nie dapat memberi yang terbaik dalam kariernya. Tetapi Forest kena berhati-hati mengunakan khidmatnya kerana beliau mudah mendapat kecederaan lain, so harap selamat maju jaya kepada Ramsey!!! Adios!!

We Love You!!Go Ramsey Go!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan