26 November 2010

CitCat Gunners: Milos Krasic Setuju Ke Arsenal? Gorka Iraizoz Tolak Pelawaan Arsenal!

Selepas isu panas mengenai Milos Krasic ke Arsenal kat Chat Box ArsenalMalaysia, aku cuba risik2 kesahihan berita mengenai pemain yang dikatakan 'next Pavel Nedved' nie. Berita yang aku tengok hanyalah kat Wisel. Tapi kemungkinan perpindahan tu mungkin akan terjadi sekiranya Arsenal terus berminat membawa beliau ke Liga Perdana. Ini selepas Juventus berhasrat membawa Adebayor ke Turin pada Januari 2011 nanti sebagai pinjaman. Peraturan Serie A tidak membenarkan pemain luar EU lebih dari seorang pemain.

Krasic yang beraksi cemerlang ketika ini untuk musim pertama beliau bersam Juventus selepas menerima pelawaan Juventus dengan menolak hasrat Manchester City dan Arsenal pada musim perpindahan baru-baru nie. Dilihat akan meninggalkan Juventus sekiranya Abebayor dibawa ke Turin. Aku juga melihat berita dari Soccernet yang mengatakan kedudukan Krasic dalam bahaya dengan kemungkinan akan berpindah ke luar.

Sedikit Bio tentang Milos Krasic:

Nama penuh beliau Milos Krasic, tarikh lahir 1 November 1984 dan berumur 26 ketika nie. Beraksi untuk Serbia untuk pasukan kebangsaan. Beliau hanya pernah bermain untuk 3 pasukan saja sepanjang karier beliau dengan mula beraksi di kelab tempatan iaitu Vojvodian sekitar 1999 sehingga 2004. Kemudian menerima pelawaan CSKA Moscow pada 2004 dan kekal sehingga 2010. Menjaringkan 26 gol dalam 120 perlawanan bersama CSKA Moscow. Ketika prestasi beliau memuncak, beliau membuat langkah bijak menyertai Juventus pada 21 Ogos 2010 dengan nilai perpindahan 15 Juta Euro.



Nie pula berita yang aku dengar, penjag gol Atletico Billbao iaitu Gorka Iraizoz. Beliau yang dikatakan akan berpindah secara percuma selepas kontrak beliau habis penghujung musim depan telah menandatangani kontrak lanjutan bersama Billbao sehingga 2015. Arsenal dilihat menjadi destinasi beliau sekiranya tidak menyambung kontrak tersebut dengan Barcelona juga berminat dengan beliau.

Berumur 29 tahun beliau sememangnya merupakan penjaga gol berpengalaman. Jadi berita perpindahan beliau tidak akan menjadi kenyataan ketika nie. Kita juga masih ada penjaga gol berkualiti dengan prestasi Fabianski sudah meningkat dari masa ke semasa. Aku rasa tak perlu lagi kita menambah penjaga gol, perlu lebih fokus kepada pertahanan yang masih lemah dengan ketiadaan Vermaelen.

2 comments:

  1. harap kalau betul dapat kukuhkan skuad arsenal

    ReplyDelete
  2. tapi aku rasa nie rumours ja..but anything can happen..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan