CitCat Gunners: Jay Bothroyd Bintang Buangan Arsenal

Kali nie aku nak berkongsi kisah pemain yang di panggil menyertai kem England untuk game persahabatan menentang Perancis. Jay Bothroyd??korang kenal ke mamat nie??maybe ada antara korang yang penah dengar nama pemain nie dulu..tetapi aku sebelum nie memang tak kenal langsung mamat nie. Capello membuat keputusan mengejutkan semua peminat England dengan membawa masuk pemain dari Liga Championship nie. Tak semena-mena Wenger memberitahu yang beliau menyesal selepas melepaskan beliau 10 tahun lalu.Aik rupanya Jay Bothroyd nie bekas pemain akademik Arsenal satu ketika dahulu..

Alkisahnya bermula apabila Jay memberontak ketika game bawah 19tahun Arsenal. Ketika diganti dalam satu perlawanan bawah 19 tahun. Jay mencampakkan jersey beliau kearah coach yang ketika itu Don Howe yang membimbing skuad bawah 19 tahun Arsenal. Bermula detik itu beliau telah dibuang dari pasukan kita. Sadih tol..

Kemudian beliau berkelanan ke Coventry City sebelum mencuba nasib di Italy dengan Perugia. Di Italy beliau hanya mampu bertahan selama semusim ja,maybe makan tak sedap kot..hehe..kemudian beliau kembali ke England dengan menyertai Blackburn sebelum mencuba nasib di Charlton, Wolverhamton dan juga Stoke. Dan akhirnya beliau menyertai Cardiff City pada 2008.

Jay Bothroyd merupakan penyerang berkaki kidal yang begitu baik dari pandangan Wenger. Perjalanan jauh beliau membuahkan hasil apabila menemui kelab yang serasi dengan beliau apabila menyertai Cardiff City. Sejak 2 musim lepas rekod jaringan beliau tidak kurang dari 12 biji gol semusim sejak menyertai Cardiff. Boleh la dikatakan yang Jay nie prolifik di Liga Championship. Aksi beliau aku belum penah tengok..bagus sangat ka mamat nie sampai Capello pun panggil die masuk kem England??Berbakat sangat ka mamat nie sampai Wenger menyesal dengan keputusannya melepaskan Jay keluar dari Arsenal?? Bila aku tengok balik video2 beliau yang lepas2..aku akui juga la yang beliau nie shoot memang power..Kaki kiri mamat nie boleh tahan gak la. So aku harap pemain yang dah berusia 28 tahun nie akan membuktikan yang bekas akademik kita boleh memberi sesuatu kepada England.


Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil