CitCat Gunners: Chamakh Masih Menyesuaikan Diri Di EPL

Chamakh baru nie menyatakan yang beliau masih lagi dalam proses penyesuaian dengan cara permainan EPL. Beliau baru nie memdedahkan yang ketika nie beliau berusaha berjuang dengan permainan keras dan kasar dari pemain2 EPL yang lain.

Ini kerana beliau mengalami kecederaan kecil di leher serta bahu beliau yang memberi kesan kepada persembahan beliau sejak akhir2 nie. Chamakh yang berjaya memberi aksi terbaik ketika menentang Villa baru-baru nie dilihat akan diberi ruang untuk berehat ketika kita bakal melayan kunjungan Wigan dalam Carling Cup nanti.

So eloklah kiranya Chamakh direhatkan dan beri ruang kepada pemain yang jarang diturunkan terutamanya Robin van Persi yang masih belum cergas sepenuhnya. Untuk game dengan Wigan nanti aku berharap Wenger akan menurunkan pemain yang mantap bagi memberi harapan layak ke separuh akhir. So, salam..~

Comments

  1. Chamakh nie dh mcm Ruud van Nistelrooy dh..Finishing bagus

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil