CitCat Arsenal : Walcott Target 20gol-semusim !!

Salam semua geng2 Arsenal SeMalaysia,hari nie aku nak mengumumkan kembalinya aku ke Arsenal Malaysia..sebelum nie p mana??ada hal yang tak dapat di elakkan..keje n exam..huhu..

Okeh2 aku tak mo membuang masa banyak2 lagi..dh tak sabar nak citer kat blog faveret aku nie..Tuk pengetahuan korang sumer, pemain kita iaitu Theo Walcott telah mensasarkan KPI beliau pada tahun nie iaitu mahu menjaringkan gol 20 biji semusim..klu lebih lagi baguskan.

Prestasi Walcott yang nampak sudah matang di depan gol membuatkan beliau kini begitu yakin untuk mencapai KPI tersebut pada musim nie..Beliau juga berharap akan mengikut jejak langkah lagenda kita iaitu Thierry Henry yang bermula sebagai pemain sayap kemudian menjadi lagenda sebagai penyerang bertaraf dunia..so tak da pa yang aku nak cakapkan,just berharap agar prestasi Walcott terus cemerlang.
Nie pula mengenai pemain muda kita iaitu Jack Wilshire..pemain yang bakal menjadi "the next Liam Brady" nie menyatakan yang tempoh pinjaman beliau ke Bolton pada musim lepas telah menjadikan beliau seorang pemain yang mementingkan permainan berpasukan dari pemainan individu...

Korang mesti perasan sebelum Wilshire kena kad merah dan menjalani pengantungan 3 perlawanan baru-baru nie, prestasi beliau begitu baik dengan menyumbang satu gol serta beberapa assist kepada rakan pasukan..tetapi yang menarik perhatian aku lagi gerakan satu-dua beliau bersama gandingan beliau begitu baik sekali.

Setelah kerja keras beliau, hasilnya beliau telah di beri tawaran sambungan kontrak yang panjang serta kenaikan gaji yang lumayan dan beliau telah menandatangani kontrak tersebut. Jadi kita bakal menyaksikan aksi beliau untuk musim2 yang seterusnya bersama Arsenal.

Nie pula mengenai kontrak Nasri dan Clichy..Kontrak mereka yang berbaki lagi 2 musim dijangka akan dibincangkan dalam masa terdekat nie untuk perlanjutan kontrak sedia ada. Clichy merupakan pemain kita yang paling lama bersama kelab dan pada ketika ini beliau masih berharap akan terus bersama kita untuk musim2 akan datang..walaupun prestasi Clichy musim ini agak tidak berapa baik,aku yakin beliau merupakan asset berharga kita untuk kempen akan datang.

Nasri juga menunjukan tanda2 beliau akan terus kekal di Emirates..ketika prestasi beliau semakin menyerlah dengan menjadi penjaring terbanyak bersama Walcott untuk Arsenal dengan 7 gol. Nie merupakan musim ketiga Nasri bersama kita..aku berharap dengan kontrak baru nanti akan memberi semangat kepada beliau tuk lagi menganas.

Nie berita agak baru aku terima..Kita dilihat memiliki peluang yang sangat cerah untuk memikat Ibrahim Afellay pada musim panas nanti..Beliau yang akan tamat kontrak pada musim panas nanti berhasras tidak akan menyambung kontrak beliau bersama PSV..kenapa??sebab buhsan dh kot kat Liga sana..so dia nak cuba cabaran baru di luar..Walaupun Real Madrid juga berminat untuk mengambil beliau, Afellay dijangkan akan menerima lamaran kita pada kali nie..so sama2 kita berharap Afellay akan menjadi pemain Arsenal pada musim panas nanti.

So aku rasa cukup dulu setakat nie..adios!!!!!

Always Be A Gooners!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil