12 November 2010

CitCat Arsenal : Szczesny Sambung Kontrak & Kecederaan Diaby

Wojciech Szczesny telah menandatangani kontrak jangka panjang beliau bersama pasukan kita berkuatkuasa semalam. Szczesny yang mengancam akan berpindah keluar selepas beliau gagal menembusi hierarki penjaga gol Arsenal dengan ketika nie Fabianski telah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai penjaga gol no.1 kita.

Selepas membuat kenyataan mengancam akan keluar, Wenger segera memberi peluang kepada Szczesney pada Piala Liga ketika berkunjung ke Newcastle. Beliau membuktikan yang beliau mampu menjadi yang terbaik buat pasukan kita. Aku nampak mamat Poland nie boleh pegi jauh, tapi perlu sabar lebih sket la. Jangan nak memberontak ja tak tentu pasal, masa akan menentukan peluang beliau.

So dengan termaktub penyambungan kontrak panjang Szczesny bersama Arsenal, kita telah memiliki asset yang berharga buat masa hadapan. Tetapi selagi Wenger bersama kita, aku yakin selepas nie semua pemain utama akan terus kekal di Arsenal sebabnya hutang kita dah semakin kurang, tak perlu lagi Wenger membuat sale hujung musim kepada pasukan lain.

Nie pula berkenaan pemain yang masih mengalami kecederaan, Diaby yang masih belum sembuh dari kecederaan lalu dilihat akan terus kekal ditepi padang bagi menjalani proses pemulihan kecederaan beliau. Wenger dilihat begitu berharap Diaby akan segera sembuh kerana prestasi beliau musim nie agak baik. Tetapi kecederaan sering kali menghantui beliau.

Aku rasa baik jual je lah Diaby nie pasal asyik kecedera je, beli pemain lain tak pun pakai je Jay Emmanual-Thomas. Bagus gak mamat Jay nie, cuma perlu lebih pengalaman dan perlu lebih pendedahan di peringkat tertinggi. Tapi aku akui la Diaby dah banyak imporve dari musim lepas. Ok dah kita tinggal pasal mamat nie.

Nie pula pasal Vermaelen, beliau baru nie yang dilihat dah mula berlatih bersama rakan pasukan dikatakan terjebak semula dengan kecederaan selepas berlaku sedikit accident dan dikatakan juga akan terus berehat dan tidak tahu bila akan kembali bermain. Rindunya aksi Vermaelen, rasa makin tak best set-piece Arsenal kalu tak da Vermaelen nie. Vermaelen, cepat la sembuh..tak sabiaq nak tengok aksi ang.

Aku rasa cukup dulu setakat nie..Sok aku akan cuba buat preview game dengan Everton yang dijadualkan pada hari Ahad nanti. Kita perlu lebih fokus game kali nie sebab Everton pasti akan cuba membalas dendam selepas dibelasah 6-1 ketika aksi pembukaan liga musim lepas. So adios!!!

1 comment:

  1. Gua mmg suka Vermaelen..defend mantap!..tackling kemas dan dia merupakan defender yang 'berpikir'. Lama betul dia injured!.demm...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan