Arsenal tanpa Fabregas, Eboue..


Arsene Wenger, memberi kenyataan, kecederaan Cesc Fabregas adalah kesilapannya menurunkan Fabregas pada perlawanan menentang Braga.

Pemain Spanyol itu mengalami kecederaan selepas memberikan umpan panjang kepada Nicklas Bendtner. Fabregas kelihatan kesakitan dan melambai-lambaikan tangan meminta diganti. Arsene Wenger terpaksa menggantinya dengan Samir Nasri pada minit ke-69.

Awalnya, Wenger menyangkakan Fabregas mengalami kecederaan hamstring biasa, yang akan memakan masa singkat,Hanya terlepas satu perlawanan menentang Aston Villa pada hari sabtu nanti. Namun, Wenger terpaksa melupakan khidmat kaptennya untuk masa yang agak lama.

Selain Fabregas, Arsenal juga harus kehilangan Emmanuel Eboue yang mengalami kecederaan ligamen. "Eboue akan berehat sementara waktu ini, belum dapat dipastikan bila boleh mula bermain. Berkenaan Fabregas, kami akan kembali memeriksanya secepat mungkin.Fabregas dijangka akan berehat selama dua atau tiga minggu. Ia mengalami kecederaan hamstring baru, sukar menjangkakan berapa lama masa yang diperlukan," kata Wenger.

"Kecederaan ini amat mengecewakan karena saya nekad untuk menurunkannya tempoh hari. " Wenger. (TEL)


Comments

  1. hmmmm teruk le pulak maybe 2 or 3 minggu, nasib baik persie dah ok, tak apa ramai lagi ada..... tapi tak sama ngan fabregas kan

    ReplyDelete
  2. Fabregas Inspiration bahagian serangan. Dia tak ada parah sikitlah..yang boleh cover nasri, wilshare, tapi kne tengok game..kalau dfend lawan susah nk tembos.. habislah..

    ReplyDelete
  3. Ada baiknya, boleh bagi peluang pemain muda yang lain contohnya Aaron Ramsey.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil