Song Nyanyikan Lagu kemenangan Arsenal.


Alexandre Song membukukan gol yang menentukan kemenangan Arsenal berdepan West Ham United. Dengan ini, "The Gunners" mengukuhkan tempat dibelakang pendahulu Chelsea dengan mengumpul 20 mata dengan perbezaan masih 5 mata.

Arsenal sebenarnya tidak mudah untuk menakluk West Ham walaupun mendominasi perlawanan dari minit awal lagi. 7 minit baru bermula Emirates Stadium hampir-hampir sahaja bergemuruh dengan kelicikan Andrei Arshavin, yang berpunca dari serangan balik Maroune Chamakh kepada Arshavin. Tetapi seribu kali sayang rembatan pemain Rusia itu masih terpesong dari sasaran.

Tak mahu kehilangan momentum, "The Gunners" terus berusaha memporak perandakan pertahanan tetamunya itu. Tepat pada minit ke-14,Tiang gol "The Hammers" nyaris bergegar melalui tandukan Alexandre Song jika bola tidak melintasi palang gol lah.

Pada minit ke-24, Cesc Fabregas hampir memecah kebuntuan. Arsenal melakukan serangan melalui Bacary Sagna dari bahagian kiri. Dengan ruang yang terbuka luas, Sagna melakukan passing yang menakjubkan kearah Fabregas untuk melepaskan rembatan walaupun mendapat pengawalan ketat dari dua pemain lawan. Namun rembatan hanya tinggal rembatan apabila mudah di jangkau oleh Green.

Arsenal meneruskan rentak menyerang, terus berusaha mencari peluang bagi mencetak gol. Namun lemahnya penyelesaian yang ditunjukkan pemain-pemain membuat mereka harus berpuashati dengan hasil 0-0 di separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula, Arsenal kembali menguasai permainan. "Meriam London" tidak menunggu masa lama untuk melepaskan ancaman melalui sepakan keras Fabregas. Namun penjaga gol West Ham, Green masih berhasil menggagalkannya.


Tak mahu memberikan napas kepada lawannya, Arsenal terus menggempur. Beberapa kali Nasri dan Chamakh melakukan pergerakkan yang cukup membahayakan dikotak penalti West Ham. Namun kerja keras mereka selalu sahaja mati di tangan penjaga gol.

Melihat keadaan tersebut, Arsene Wenger melakukan perubahan, memasukkan Theo Walcott dan Nicklas Bendtner bagi menggantikan Denilson dan Arshavin .

Kemasukkan Walcott berupaya merubah corak serangan. Pada minit ke-71, Walcott yang lepas dari perangkap off side berjaya melepaskan rembatan keras. Tetapi tendangannya dikecewakan tiang gol dan melantun kearah Green.

Penonton yang membanjiri Emirates kembali dikejutkan oleh aksi Walcott pada menit ke-82. Dengan kepintaranya mengawal bola, Walcott berhasil melepasi beberapa pemain pertahanan West Ham. Namun masih gagal merobek gawang lawan.

Perjuangan Arsenal akhirnya terbalas lapan minit kemudian. Green yang tampil cemerlang dari minit-minit awal, gagal menolak keluar umpan Gael Clichy. dan terus disempurnakan oleh Alex song yang telah berada di depan Gol. Gol itu bertahan hingga tamat perlawanan.


Arsenal:
Lukasz Fabianski; Laurent Koscielny, Sebastien Squillaci, Gaël Clichy, Bacary Sagna; Denilson (Theo Walcott 67), Alex Song; Marouane Chamakh (Eboue 90); Cesc Fábregas; Andrei Arshavin, Samir Nasri

West Ham United: Robert Green; Daniel Gabbidon, Manuel Da Costa, Herita Nkongolo Ilunga, Lars Jacobsen; Mark Noble, Scott Parker, Luis Boa Morte, Valon Behrami; Frederic Piquionne; Victor Obinna

Comments

  1. Yeah!
    His improve!
    Kembar wesley snipes ni score 3 consecutive match!

    ReplyDelete
  2. bole sesape bagitau aku apesal si scott parker tuh x kena kad langsung??

    ReplyDelete
  3. Bole.. Sbb dia P***MAK.. Scott Fucker tu byk kali tackle keras tp tak kena kad lgsg.. ref pun cam FUCKER gk..

    ReplyDelete
  4. fuhh, game yg mendebarkan.nasib baik alex song brani mati serbu depan gol...chamakh ni tension gak aku tengok..tak brani nak pegang bola lama..gentel2 la macam c.ronaldo..rambut dan gaya dh ada dh...hai camakh bila la ko nak score hatrik....

    ReplyDelete
  5. tu la..chamakh ni suka passing2 bola la..trynyer tanak..huu bila rvp nk main ni??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil