16 October 2010

Berkat Chamaks, Arsenal ke tangga kedua liga..

Marouane Chamakh mencetak gol yang menentukan kemenangan Arsenal 2-1 atas Birmingham City, di Stadium Emirates. Hasil kemenangan itu, Arsenal naik ke tangga kedua dengan 14 mata, ketinggalan empat mata dari Chelsea.
Beraksi tanpa pemain utama, Arsenal tampil agresif sejak minit awal perlawanan. Dalam sepuluh menit pertama, mereka mampu membuat tiga ancaman serius melalui Abou Diaby dan Marouane Chamakh, tetapi percubaan tersebut dapat di tenteramkan oleh Ben Foster.

Namun Kerja keras barisan tengah dan penyerang Arsenal kurang diimbangi bahagian pertahanan. Dalam beberapa percubaan, Birmingham masih dapat melakukan serangan balik, membuktikan pertahanan Arsenal masih lagi terlambat untuk menutup ruang.

Kerapuhan benteng pertahanan berlanjutan sehingga ke minit ke 33, gawang Arsenal digegarkan oleh Nicola Zigic. Dari tengah kotak penalti, ia menanduk bola umpan Keith Fahey terus menjunam ke sudut kanan tiang gol Arsenal.

Terdesak dengan itu, Arsenal mula menggandakan serangan dan menciptakan banyak peluang keemasan. Namun tiada gol yang dapat diperolahi sehingga mereka mendapatkan hadiah penalti yang disempurnakan oleh Samir Nasri pada menit ke-41. Penalti diberikan setelah Chamakh diljatuhkan oleh Scott Dann dalam kekalutan di petak penalti lawan.
Gol tersebut mula memulihkan mental pemain Arsenal. Mereka mula mempertahankan corak serangan yang diterapkan selama ini dan mampu memperkecilkan ruang gerak lawan untuk menyerang. Tetapi sayangnya, jumlah jaringan tak berubah sampai ke masa rehat.

Memasuki separuh masa kedua perlawanan, Arsenal menggempur dengan satu serangan yang bermula dari Marouane Chamakh yang menguasai umpan baik dari Jack Wilshere di tengah kotak penalti, Chamakh menggelecek dan melepasi halangan pertahanan dan merembat secara bersahaja ke sudut kanan bawah tiang gol Birmingham.


Seterusnya Arsenal tidak kesulitan mempertahankan tekanan dan konsisten untuk menciptakan peluang. Namun Ben Foster beraksi baik bagi mematahkan serangan .

Pada menit ke-69 dan ke-73, Andrei Arshavin dan Diaby melepaskan percubaan tepat, tetapi masih lagi belum cukup untuk menidakkan aksi terbaik Ben Foster.

Namun Birmingham masih berusaha melawan. Pada menit ke-84, Garry O'Connor merembat bola tepat ke gawang Arsenal. Namun bola dapat ditangkap kemas oleh Fabianski.

Memasuki masa kecederaan, Jack Wilshere mendapat kad merah akibat mengasari Zigic. Birmingham mula mencuba memanfaatkan peluang itu dengan meningkatkan tekanan secara agresiv. Sehinggalah refree mula mendengarkan wisel keramatnya kepada umum. dan berkesudahan Arsenal menang 2 - 1.

Selama 90 menit perlawanan, Arsenal menguasai bola sebanyak 58% dan melepaskan 8 percubaan tepat daripada 20 percubaan. Birmingham menciptakan 3 percubaan tepat dari sepuluh percubaan.
Oleh itu The Gooners bergembiralah sebelum perlawan berat menanti selepas ini...

Keputusan Lain:
Aston Villa 0-0 Chelsea
Man u 2-2 W.Brom...

Arsenal:
21-Lukasz Fabianski; 22-Gael Clichy, 20-Johan Djourou, 18-Sebastien Squillaci, 27-Emmanuel Eboué; 23-Andrei Arshavin (7-Tomas Rosicky 70), 19-Jack Wilshere, 17-Alex Song, 8-Samir Nasri; 2-Abou Diaby; 29-Marouane Chamakh (52-Nicklas Bendtner 79)

Birmingham: 26-Ben Foster; 6-Liam Ridgewell, 15-Scott Dann, 5-Roger Johnson, 2-Stephen Carr; 18-Keith Fahey (3-David Murphy 78), 4-Lee Bowyer (11-Garry O'Connor 80), 12-Barry Ferguson, 7-Sebastian Larsson; 22-Alexander Hleb; 19-Nikola Zigic

4 comments:

  1. tq welcome....Arsenal mengambil peluang atas ketinggalan mata chelsea dan Mu..itu yang kumahu..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan