Wenger backed up Almunia false

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan menyalahkan penjaga gol, Manuel Almunia di atas kekalahan mengejut 2-3 kepada West Brom di laman sendiri kelmarin.

Sebaliknya Wenger menegaskan keseluruhan pasukannya itu bertanggungjawab di atas kekalahan itu.

Almunia pada mulanya beraksi cemerlang apabila menyelamatkan sepakan penalti Chris Brunt pada minit ke-37.

Begitupun selepas dibolosi Peter Odemwingie pada minit ke-50, Almunia mudah menghadiahkan gol kedua West Brom menerusi Gonzalo Jara dua minit kemudian sebelum tewas buat kali ketiga kepada Jerome Thomas pada minit ke-73.

Dua jaringan Samir Nasri pada minit ke-75 dan 90 pula bagaimanapun gagal menyelamatkan Arsenal daripada mengalami kekalahan pertama mereka musim ini.

"Ramai pemain yang melakukan kesilapan besar. Kami tampak lemah di semua posisi sama ada pertahanan, serangan dan juga tengah.

"Kami ternyata tidak menjadi pada perlawanan ini dan tidak cukup bagus untuk mencatat kemenangan. Saya pasti apa yang kami tiada ialah fokus sepanjang perlawanan.

"Jadi segalanya tampak sukar bagi kami sama ada untuk menghantar bola atau mendapatkan semula bola. Memang kami dapat apa yang kami layak iaitu tiada sebarang mata," kata Wenger.

Jelas Wenger, dia tidak berminat untuk berbicara tentang prestasi mana-mana pemain biarpun Almunia melakukan kesilapan mudah ketika melepaskan gol kedua West Brom.

"Secara keseluruhan, ia memang persembahan buruk bagi pasukan ini. Kami perlu buat analisis kenapa ini berlaku dan perlu bangkit mengatasinya. Ia suatu misteri bagi saya," ujarnya.

Sementara itu, pengurus West Brom, Roberto Di Matteo berpendapat bahawa pasukannya memang layak untuk mencatat kemenangan ke atas Arsenal.

"Dengan cara kami bermain, cara kami mencipta peluang dan menjaringkan gol, saya rasa kami layak menang. Kami berjaya memberi tekanan kepada sebuah pasukan yang kuat," kata Di Matteo. -Agensi

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil