24 September 2010

Preview Match 6: Arsenal v W.B.A at Emirates Stadium

Arsenal hari nie akan turun padang lagi menentang pasukan yang baru dinaikkan dari division 1 (Championship League). Pasukan nie telah menang 2 perlawanan terakhir menentang Birmingham dan Manchester City. So kita seharusnya tak memandang rendah keupayaan anak buah Roberto Di Matteo. So aku menjangkakan Wenger akan menurunkan barisan yang kuat dan taktikal yang mantop.Nie barisan yang aku jangka akan diturunkan oleh Wenger pada malam nie.

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Wilshere---Song---Denilson
Nasri---Chamakh---Arshavin

Dengan selesainya pengantungan 1 perlawanan yang dikenakan keatas Song, Arsenal kembali dikuatkan dengan kehadiran orang besi yang gagah menangkis asakan lawan. Denilson juga dijangka akan memulakan aksi selepas cergas sepenuhnya bersama-sama Squillaci.

Wenger yang didenda oleh FA atas kesalahan mempersoal keputusan pengadil ketika Arsenal seri 1-1 dengan Sunderland tempoh hari telah kembali dari pengantungan 1 perlawanan. Dengan kembalinya the professor Arsenal nie aku yakin Arsenal akan lebih bersemangat menanti kunjungan W.B.A di Emirates nanti.

Wenger dijangka akan menurunkan barisan pertahanan terbaik di Emirates nanti dengan Squillaci yang kembali dari kecederaan pangkal paha akan memperkukuhkan kubu Arsenal disamping Koscielny. Sagna dan Clichy juga dijangka akan diturunkan.

Kita mendapat tonik terbaik selepas Song yang mendapat kad merah selepas 2 kad kuning ketika menentang Sunderland tempoh hari akan kembali ke kem Arsenal bagi meneruskan rentak cemerlang Arsenal. Kepulangan Song tepat pada masa sebab Arsenal semakin kekurangan dibahagian tengah. Song dijangka akan bergandingan dengan pemain muda Wilshere serta Denilson yang kembali cergas dari kecederaan. So barisan tengah walaupun tanpa kelibat Cesc dan Rosicky aku yakin masih mampu menghasilkan keputusan yang terbaik. Diaby dikatakan sudah kembali cergas dan aku jangkakan akan berada dibangku simpanan.

Hero Arsenal ketika menentang Sp*rs di White Hart Lane tempoh hari sudah semestinya mamat macho Nasri akan terus diberi kepercayaan oleh Wenger. Nasri kembali dari kecederaan dengan terus menunjukkan aksi yang terbaik sepanjang 120minit ketika Carling Cup baru nie.

Ketiadaan Walcott dibahagian sayap kanan Arsenal memberi ruang kepada Nasri untuk memberi sumbangan berkesan dan aku yakin yang Nasri mampu mengulangi aksi ketika menanti kunjungan W.B.A.

W.B.A juga semestinya masih teringat ketika 2 musim lepas, Samir Nasri lah yang telah memusnahkan impian mereka dengan gol tunggal kemenangan.

Arsenal juga dijangkakan tidak akan merehatkan Chamakh untuk perlawanan ini. Aksi beliau sudah semestinya telah memikat hati penyokong setia Arsenal. Kalau lepak kat mamak time Chamakh dapat bola, geng pompuan menjerit ja..hehe..So sudah semestinya Chamakh akan terus diberi kepercayaan untuk memimpin barisan hadapan Arsenal.

Beliau dijangka akan bergandingan dengan Arshavin serta Nasri. Vela juga merupakan option terbaik selain Chamakh tetapi Vela masih lagi dibelakang Chamakh untuk kesebelasan utama Arsenal. So aku harap Arsenal sekali lagi akan menunjukkan pemainan cantik ketika menewaskan Spurs baru2 nie.

Ok, perlawanan akan berlangsung pada jam 10 malam, Live kat Astro 817 dan klu nak layan In HD bak kata Torres boleh tgk kat 831. So aku predict Arsenal mudah menewaskan W.B.A dengan 4-0. Adios!!!!!

Go Arsenal Go!!!!

3 comments:

  1. Arsenal tidak menang mudah 4-0 malah kalah dgn bolos 3 gol di tempat sendiri. Tiada lg kekebalan utk mengekalkan rekod tanpa kalah atau paling kurang di tmpat sndiri. Kemasukkan Rosicky, Wilshere & Vela ternyata mengubah corak permainan hingga memudahkn pergerakkan Nasri scr individu berbanding sebelum kemasukkan mereka. Apa yg aku lihat, pengrusan kemasukkan pemain seawal game seolah2 memandang rendah kemampuan West Brom. Kecemerlangan Almunia menampan bola penalty tercalar dgn memalukan setelah bolos 3 gol di 2nd half.

    ReplyDelete
  2. kita perlu keeper bertaraf dunia. Manone lebih bagus. apsal tak cuba.?? Almunia dah lama beri peluang... Yup aku setuju. terlalu memandang rendah keupayaan lawan.. kenapa wilshere yg form tak dimasukkan ke sebelasan utama sedangkan diaby baru je baik dari sakit.. tak puas hati betul

    ReplyDelete
  3. bagi aku, walaupun mannone pernah menunjukkan aksi hebat dan buat orang ternganga biarpun jarang muncul, tapi sensasi dia tak lebih dari fabianski dan almunia sendiri. mana- mana keeper boleh buat aksi diving tahan bola stok cantik-cantik punya, tapi pengalaman jugak yang akan mengajar daya refleks dan kredibiliti sebenar seorang keeper di pentas antarabangsa. jadi bagi aku, aku lebih suka wenger berbelanja sikit beli keeper berpengalaman di liga-liga lain di eropah. dari menanggung risiko mengharapkan fabianski atau manonne (atau almunia sekalipun) untuk perform di peringkat kejohanan.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan