01 September 2010

Pintu Perpindahan Ditutup


Secara rasminya pintu perindahan telah pun ditutup. Pada fans Arsenal yang menantikan player baru dibawa masuk oleh Wenger di saat-saat akhir pasti masih lagi melopong mulutnya kerana jangankan batang hidung Schwarzer, bulu hidung Given pun tidak kelihatan di Emirates apabila pintu perpindahan ditutup secara rasmi semalam. Jadi dengan ini diumumkan bahawa Almunia masih lagi pemilik jersey nombor 1 Arsenal! tahniah diucapkan pada Almunia.

Jadi pada yang masih tak tau lagi senarai penuh pemain yang masuk dan keluar dari Arsenal boleh la rujuk di bahagian transfer update di sebelah. Cuma penambahan semalam adalah Armand Traore dipinjamkan ke juventus manakala Nacer Barazite pula dipinjamkan ke kelab belanda Vitesse Arnhem.

Okay kita review sikit tentang pemain-pemain baru yang dibawa masuk oleh Wenger pada musim perpindahan kali ni:



Chamakh pemain pertama yang dibawa masuk oleh Wenger secara percuma telah menjaringkan gol debut semasa Arsenal seri 1-1 dengan AC Milan di piala Emirates.Pemain antarabangsa maghribi ini telah meledak 79 gol daripada 293 perlawanan di Bordeaux. Kehadiran chamakh mungkin menandakan bahawa Wenger ingin kembali ke formasi 4-4-2 tetapi setakat ini Wenger selesa mengekalkan formasi 4-3-3 yang digunakan musim lepas. Chamakh membuat kenyataan dalam majalah rasmi Arsenal bahawa posisi kegemarannya adalah penyerang tengah (centre foward,CF). Dengan ketinggian enam kaki dua inci Chamakh memang la amat sesuai untuk posisi CF kerana Arsenal telah lama tidak mempunyai pemain yang mempunyai kelebihan di udara sejak si bedebah Adebayour meninggalkan emirates. Dengan formasi 4-3-3 yang digunakan Wenger sekarang Chamakh hampir pasti akan digunakan sebagai penyerang pilihan kedua di belakang RVP memandangkan penyerang kiri dan kanan adalah milik mutlak Arshavin dan Walcott. Walau bagaimanapun Chamakh pasti memberi saingan hebat utk posisi CF kerana beliau bukanlah pemain cap ayam seperti bendt... err bukan-bukan maksud saya Rooney! ye pemain cap ayam seperti Rooney, tetapi chamakh adalah salah seorang pemain berkelas dunia yang mempunyai penyudah tajam terutama tandukannya.



Pembelian kedua Wenger, Bek tengah (CB) Laurent Koscielny telah dibawa masuk dari kelab perancis FC Lorient. Kosc dibawa masuk bagi menampung pemergian 3 orang pertahanan Arsenal yang berhijrah - Sanderos (Fulham), Silvester (Werder Bremen) dan Gallas (kelab cap ayam biru). Kosc telah pun berjaya mengutip kad merah pertamanya bersama Arsenal ketika menentang Liverpool pada perlawanan pembukaan musim. Haha pencapaian jugak tu kan.. Setakat ini aksi koscielny masih lagi terumbang-ambing. Beliau masih lagi kelihatan gementar dan teragak-agak dalam membuat keputusan.Namun ia baru permulaan dan kosc masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan liga Inggeris. Masih terlalu awal untuk menilai tahap permainan pemain berusia 24 tahun ini.



Rekrut terakhir Arsenal pada musim perpindahan kali ini adalah bek tengah berusia 30 tahun sebastien Squillaci.Squillaci masih belum melakukan debutnya lagi. Pemain berpengalaman ini mungkin akan diturunkan apabila Arsenal melayan kunjungan Bolton nanti.

Dengan 3 penambahan baru masing-masing di posisi hadapan dan pertahanan, pembelian Wenger kali ini boleh la juga dikatakan berbaloi. Wenger menambah pilihan di bahagian serangan dengan keupayaan Chamakh yang handal dalam tandukan (sesuatu yang tidak dimiliki RVP), penambahan Kosc yang muda menggantikan pemain-pemain veteran yang berhijrah dan penambahan Squillaci yang berpengalaman amat berguna dalam penambahbaikan pasukan.



Berkenaan dengan posisi penjaga gol, Manuel Almunia masih lagi terpacak di depan gawang gol Arsenal seekurang-kurangnya hingga Januari ini.Tak perlu la kita nak mengamuk-ngamuk kata Hughes nak balas dendam la, Wenger kedekut la, Schwazer tak nak pindah la, Given handsome sangat la, apa kata kita bagi peluang sekali lagi pada Almunia untuk buktikan dia masih lagi layak menyarung jersey nombor satu Arsenal.Secara peribadi saya pon memang tak suka mamat ni main, gelabah semacam. Bola senang pon bole lepas. Tapi sejak akhir-akhir ni die da macam tunjuk peningkatan sikit. Bole la tu kot.Untuk ulasan pasal Almunia, cuba korang baca blog member kita ni http://meriammalaysia.blogspot.com/. Artikel member ni memang well written. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Tapi buat masa sekarang kita kene terima Almunia dan yang paling penting kita support Arsenal susah atau senang. Jumpa lagi!

Once a Gunner Always a Gunner

2 comments:

  1. Kamon Almunia!! jom support Almunia wei!

    ReplyDelete
  2. "pemain cap ayam seperti bendt... err bukan-bukan maksud saya Rooney! ye pemain cap ayam seperti Rooney,"

    haha..lawak gaban..! penafian yg bendt bkn pemain cap ayam tp sbnrnya org dh fhm bhw bendt n rooney brsahabat baik.. teruskan usaha..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan