Preview Match 5: Sunderland v Arsenal at Stadium of Light

Malam nie Arsenal bakal diuji oleh pasukan pengacau iaitu Sunderland. Musim lepas kita kalah pada Sunderland di tempat lawan. Kali nie aku harap Arsenal akan balas dendam balik atas kekalahan yang merencatkan sket kempen Arsenal musim lepas. So, nie la barisan yang aku jangka akan diturunkan malam nie:

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
--Song--
Wilshere---Fabregas
Rosicky---Chamakh---Arshavin

Aksi Arsenal untuk permulaan musim nie sangat memberangsangkan dengan rata-rata pemain menunjukkan persembahan yang memberangsangkan.Tapi aku cukup risau bila diorang dah mula selesa dengan aksi semasa. Jadi untuk perlawanan malam nie, Arsenal kena buktikan kepada penyokong yang Arsenal betul2 dahagakan kejuaraan.

Wenger dijangka tidak menghadapi masalah ketika pemilihan pemain, sebab walaupun masih dibelengu dengan masalah kecederaan pemain Wenger masih lagi ada skuad yang mantap. Kecederaan Robin Van Persi, Vermaelen, Bendtner, Walcott dan Ramsey tidak sedikit pun merencatkan percaturan Wenger untuk permulaan musim ini. Kemenangan 6-0 keatas Braga telah memberi amaran kepada pencabar kejuaraan musim ini yang Arsenal betul2 telah bersedia.

Malam nie aku menjangkakan yang bintang baru Arsenal iaitu Squillaci a.k.a Squirt akan terus mengukuhkan tempat beliau sepanjang ketiadaan Vermaelen di barisan pertahanan tengah Arsenal. Gandingan beliau semestinya Koscielny yang telah menunjukan persembahan cemerlang bersama beliau. Jadi tugas mereka kali ini untuk mengekalkan jaring Arsenal dari dibolosi. Sagna dan Clichy dijangka akan terus dikekalkan aksi mereka.

Bintang muda Arsenal, Jack Wilshere dijangka akan terus meneraju barisan tengah Arsenal. Aksi Jack ketika membantu Arsenal menewaskan Braga cukup outstanding. Bermain one-two dengan Chamakh merupakan aksi terbaik beliau pada malam tersebut selain umpanan kemas kepada Fabregas sebelum Vela menyumbat gol ke-6 Arsenal. Jadi tidak mustahil beliau akan terus beraksi memandangkan Diaby yang masih cedera. Harap gandingan beliau bersama Fabregas akan terus mengerunkan benteng Sunderland.

Our Captain yang dah kembali ketahap terbaik permainan beliau masih tidak yakin dengan pasukan melainkan semua pemain Arsenal menunjukkan kosentrasi dan konsisten untuk setiap permainan. Arsenal boleh menjadi lebih baik dalam setiap permainan sekiranya pemain yang Arsene Wenger turunkan dapat memberi persembahan yang terbaik. Tetapi kita kena bersiap sedia juga untuk menerima sebarang malapetaka sekiranya Arsenal tewas pada mana2 pasukan dan terus berdiri dibelakang Wenger untuk kempen kali ini.

Bagi aku dari segi serangan Arsenal tidak menghadapi masalah besar, cuma dibahagian pertahanan diharap akan memberi persembahan yang boleh la dipuji walaupun tewas. Aku yakin pemain tengah Arsenal akan sentiasa turun memberi pertolongan sekiranya Arsenal diserang. So, untuk perlawanan malam ini Arsenal perlu menewaskan Sunderland dan terus mengejar Chelsea untuk kejuaraan kali ini.

Perlawanan dijangkan akan berlangsung pada jam 12.30 mlm dan akan ditanyangkan di Astro 817. So apa lagi moh lew kita layan game malam nie di venue yang terdekat dengan anda. Aku predict malam nie Arsenal menang 3-1. Yeahhhhh!!! Adios!!

Go Arsenal Go!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil