Arsenal Umum Rekod Keuntungan

Salam kawan2, aku just nak hightlight hari nie pasal berita gembira pengurusan Arsenal. Hari nie Arsenal mengumumkan keuntungan sebelum cukai dengan mencatat keuntungan tertinggi pernah dicatat sepanjang pentadbiran Arsenal. Keuntungan sebelum cukai Arsenal sebanyak

£56m merupakan hasil dari penjualan apartment di Highbury Square serta beberapa lagi urusniaga dari segi jualan pemain, tiket serta lain2 lagi.


Kita lihat sekarang Arsenal dah mampu mengurangkan hutang piutang, Arsenal dah menjana keuntungan hasil dari penjimatan Wenger. Tapi bukan bermakna Arsenal tidak mampu berbelanja cuma Wenger menggunakan kuasa beliau sebagai pengurus kelab, bertanggungjawab memastikan Arsenal terus balance antara bola sepak dan perniagaan. Jadi untuk tahun2 mendatang aku yakin pasti yang Arsenal akan jadi kelab terkaya di dunia serta akan di penuhi pemain bertaraf dunia dan semestinya akan dipenuhi dengan trofi untuk setiap musim.

Kecederaan Gibbs semasa masa tambahan perlawanan Carling Cup menentang Sp*rs memberi sedikit keceriaan dikem Arsenal. Gibbs disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dengan hanya lebam dibuku lali beliau. Pada perlawanan tersebut Arsenal menang 4-1 sekali gus membalas dendam kekalahan 2 tahun lepas kepada Sp*rs. Jadi kita akan layak dan menanti lawan dipusingan ke-4 selepas undian yang dijangkakan tidak lama lagi.

Wenger juga ada menyentuh berkenaan Fabianski. Wenger tidak menyalahkan Fabianski selepas beliau melepaskan gol ketika menentang Sp*rs baru2 nie. Aku cukup tak suka Fabianski, memang la kena kasi peluang tapi selalu sangat dia tunjuk aksi macam tu tapi apa pun in Wenger we believe sebab yakin dia mampu mencungkil sumthing dari mamat Poland tuh.

Ha nie pasal perlawanan Liga Perdana hari Sabtu nie, barisan tengah Arsenal yang dilanda krisis kecederaan selepas Fabregas dan Rosicky tercedera baru2 nie Arsenal mendapat berita gembira apabila Diaby dijangka akan berada dalam skuad selepas dia cergas sepenuhnya. Walcott pulak macam tak lambat dah nak buat kemunculan semula selepas kecederaan semasa International duty baru2 nie. So aku harap la semua pemain Arsenal yang tengah cedera nie, minta2 la sembuh cepat. Bukan pasal kita nie tak da pemain dah, tapi sebab nak bagi lagi mantopppp..so esok aku akan buat preview Arsenal v W.B.A. Adios!!!!

In Wenger We Trust!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil