Arsenal Gagal Membunuh Semangat Sunderland

Kegembiraan penyokong Arsenal sedikit tercalar selepas menyaksikan Arsenal hanya sekadar seri 1-1 menentang Sunderland di Stadium of Light, semalam.

Fabregas telah memberi kelebihan kepada Arsenal pada apabila usaha murni beliau tuk mengucar kacirkan pertahanan Sunderland dibalas dengan gol yang menarik. Ketika Sunderland cuba memperlahankan permainan Cesc cuba menerkam dan Ferdinand yang mengelabah terus menyepak sebelum terkena Cesc. Tetapi tidak disangka bola telah melantun terus ke gawang Sunderland. Mungkin itu la takdir bola tersebut.

Cesc dilihat begitu gembira dengan gol ajaib tersebut. Kegermbiraan tak lengkap jika tidak di rai bersama rakan pasukan yang hebat2 belaka. Arshavin la paling suka sebab slalu dia yang buat magic.

Chamakh berpeluang menambah jaringan tapi gerakkan kaki dia tak semantap kaki beliau ketika menjaringkan gol menentang Braga. Usaha Chamakh digagalkan oleh tangan sotong Mignolet a.k.a Magnolia.

Wenger juga tak berpuas hati dengan aksi pengadil perlawanan yang dilihat sangat2 berat sebelah. Tapi bolehkah kita nak salahkan pengadil semata-mata??

Selepas Song mendapat perintah mahkamah, eh perintah pengadil beliau dengan segera telah belah dari padang. Ketiadaan Song tak memberi banyak masalah kepada Arsenal kerana masih mampu bermain dengan baik cuma agak tertekan sedikit apabila sukar menembusi benteng Sunderland.

Peluang keemasan Arsenal gagal di sempurnakan oleh Mat Rusky. Aishh pa la nasib Arsenal malam tuh. Dah la main 10 orang, lepas tuh dapat peluang tuh bunuh semangat Sunderland tapi di sia-diakan. So kita tak perlu salahkan pengadil sepenuhnya, kena tengok juga salah kita. Selepas kegagalan Rusky, Arsenal terus tertekan.

Akhirnya, ketika permainan seakan-akan tamat (padahal dah tamat pun) Arsenal dikejutkan dengan gol Bent. Aku rasa permainan Arsenal selepas Fabregas keluar kita dilihat kekurangan idea untuk mengempur benteng Sunderland. Dan peluang keemasan pula dilepaskan. So mau tak mau kena terima juga keputusan semalam.

Untuk perlawanan seterusnya, Arsenal perlu memberi semula keyakinan penyokong bahawa Arsenal perlu terus mengekalkan aksi yang konsisten dan tidak boleh tidak untuk melepaskan sebarang mata lagi. Kamonnn Arsenal...We Can Do It!!!

Comments

  1. aku rase Ars tak boleh lah tnpa Fabregas, game sblum ni pun dia yg byk mula langkah sampai goal
    kesian kesian, 3 weeks without Chesc :/

    ReplyDelete
  2. itu antara pyebabnya..tp smpi bila nk hrpkan cesc.. ke 2, kepenatan slps aksi UCL mnentang braga..ke 3, black cats sememangnya sukar ditundukkan di tmpt sndiri. ke 4, badi iaitu kesukaran mgalahkan sunderland,yg mn sblm ni arsenal mghadapi prkara yg sama apabila menentang boro, pmbunuhnya aliadiere..samalah spt sunderland skrg ni,pmbunuhnya D.Bent..ke 5, bookie judi yg mncorakkan semua ini..aku sama sekali x slhkan rosicky atau lain2 pemain, pengadil mahupun wenger..dh tersurat..hmm..suratan atau kebetulan, itulah hakikatnya..

    prlawanan menentang westbrom di emirates mgu dpn adlh pgubat yg plg mujarab..krn arsenal akan kembali melakar kemenangan, aku yakin n pasti akan hal ini..we'll see..

    ReplyDelete
  3. arsenal klu tempat lawan kena maen dengan febregas untuk sepenuh masa....but if kat home just kena maen febregas mayb for 60 atau 70 min ten sub for others player... penting tok jaga fitness febregas.....ARSENAL 4EVERR...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil