29 August 2010

Walcott, Gibbs ke Skuad England, Wilshere ke balai polis??




yeay! dapat main England! hebat gile kite ni kan Kieran?


Pemain yang sedang memuncak prestasinya ketika ini, Theo Walcott dan pemain muda Arsenal Kieran Gibbs telah disenaraikan oleh Fabio Capello dalam skuad kebangsaan England untuk perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria dan Switzerland september ini.Capello yang terpukau dengan kehebatan yang dipamerkan Walcott ketika ini pastinya nak menggunakan Walcott untuk mengoyakkan jaring gol Bulgaria dan Switzerland pulak September ini. Dipercayai juga pembekal-pembekal rasmi jaring gol sedang berkira-kira ketika ini untuk menggunakan bahan alternatif lain seperti dawai dan tali kapal untuk digunakan sebagai jaring bagi mengelakkan ia putus khusus untuk perlawanan yang disertai Walcott sahaja.


Penyertaan Kieran Gibbs dalam skuad senior England bukan saja membanggakan penyokong-penyokong Gunners, malah Kieran Hot.Fm turut terharu dengan pemilihan Gibbs yang baru sahaja berumur20 tahun dan bakal menginjak usia 21 tahun 26 september ini. Gibbs baru saja melakukan debut nya untuk England awal ogos lepas.


muka babyface aku ni ada macam muka kaki gaduh ke? tak patot, tak patot

Itu cerita kejayaan dua pemain muda Arsenal, tapi pemain muda Arsenal yang satu ini lain pula ceritanya. Jack Wilshere telah ditahan polis hanya beberapa jam selepas beliau membantu Arsenal menewaskan Blackburn. Tapi jangan risau, Wilshere bukan ditahan kerana beliau bermain mercun atau terlibat dalam kes ragut, tapi Wilshere ditahan kerana beliau merupakan saksi penting dalam satu kes pergaduhan.

Difahamkan Wilshere cuba menjadi orang tengah untuk meleraikan satu pergaduhan yang berlaku dan pihak polis mengatakan bahawa Wilshere tidak akan dikenakan apa-apa tindakan kerana beliau memberi kerjasama penuh pada pihak polis.

Haish Wilshere... Wilshere.. bagus budak ni,die cuba nak damaikan orang tapi die pulak yang kene tahan. Nasib ko la Wilshere. Lain kali jangan bercampur dengan budak-budak jahat tu lagi.

Ok la itu je untuk kali ni, tapi sebelum terlupa nak bagitau, Wenger kata "kalau boleh" die still nak tambah sorang lagi player baru sebelum pintu perpindahan ditutup selasa ni. Dengar-dengar nya macam mamat yang pakai jersey no 1 kat man city tu je.. hoho kita tunggu dan lihat :)

2 comments:

  1. capello mkn apollo je tau...nmpak cam cendikiawan tp cendawan..patut dia amek walcott main WC ari tu, bleh lak reject last mnt, betapa hancur luluh ati seorg walcott.. tp bagus gak dia x amek,kalu x blum tentu lg walcott dpt main EPL, entah2 injured.. apapun tahniah walcott n gibbs..

    tahniah jg yusri utk idea tali kapal tu, rasanya lpas ni xkan ada lg mslh jaring trkoyak atau trlondeh atau trbahak2..

    kpd wilshere, semoga tabah dgn ujian.. dan aku hrp bdk yg brgaduh tu bkn budak tahun 3..

    yeah..aku pun rasa mcm ada je sorg lg yg pak wenger nk register, cuma x pasti siapakah gerangan tu..kalu no 1 mancity aku setuju sgt lah sbb no 1 tu bkn seorg adebayor..

    ReplyDelete
  2. ahahhaa bro lu mmg cara ah, best gle artikel lu teruskan mengupdate

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan