Updated News: Squillaci Hampir Ke Arsenal, Walcott dan Chamakh!

Sevilla mengesahkan yang pemain pertahanan mereka iaitu Sebastien Squillaci telah bersetuju dengan perpindahan ke Arsenal. Squillaci di katakan sedang dalam perjalanan ke London untuk membuat pemeriksaan kesihatan setelah Arsenal dan Sevilla telah bersetuju dengan yuran perpindahan yang dirahsiakan, tetapi dikabarkan sekitar £5.3 Juta.

Sedikit tentang pemain ini, Squillaci merupakan bekas pertahan tengah Lyon dan telah berpindah ke Sevilla sejak dua (2) musim lepas. Beliau juga merupakan pemain yang terlibat dengan skuad Perancis di Piala Dunia di Afrika baru-baru ini. Berumur 30 tahun, beliau sememangnya di penghujung karier tetapi pengalaman beliau di peringkat Eropah begitu baik, dan disebabkan itu aku rasa Wenger berminat untuk mengambil beliau. Kontrak yang akan ditawarkan kepada beliau sekitar 3 tahun.

Hero Arsenal ketika kemenangan 6-0 keatas Blackpool baru ini, iaitu Theo Walcott merasakan yang beliau kini bersedia dengan peranan penyerang tengah. Beliau yang menyumbat hatrik dalam perlawanan tersebut percaya yang sedikit masa lagi Wenger akan meletakkan beliau di posisi yang beliau idamkan itu. Beliau yang memakai jersey bernombor 14 berharap akan mengikut jejak langkah idola beliau yang juga memakai nombor tersebut iaitu Thierry Henry.

Walcott yang tidak terpilih dalam skuad England ke Afrika juga merasakan yang beliau sangat berpuas hati dengan persediaan pra-musim beliau dan hasilnya beliau telah memberikan persembahan yang begitu baik dan semakin matang dalam membuat keputusan di depan gol. Apa pun kepada Walcott,aku mengharapkan agar beliau bebas dari kecederaan musim ini dan dapat konsisten sepanjang kempen kali ini.


Marouane Chamakh pula dilihat semakin serasi dengan permainan Arsenal, beliau yang semakin mendapat tempat di hati peminat Arsenal dilihat mempunyai karektor seorang penyerang yang berkaliber. Kehebatan tandukan beliau sangat sempurna, dan permainan beliau semakin baik. Arsenal juga kembali memiliki seorang penyerang yang memiliki kelebihan di udara dan beliau sememangnya seorang pejuang.

Sepanjang minggu ini, Arsenal dilihat akan sibuk dengan urusan perpindahan pemain dan aku yakin yang Squillaci akan bersama Arsenal dalam masa sehari dua lagi.So aku rasa cukup dulu setakat nie, Adios!!

Arsenal!!!Arsenal!!Go Arsenal Go!!

Comments

  1. tahniah kpd walcott..tp aku scara pribadi lbih suka walcott jd WF krn kelajuan yg dimiliki dan biarlah RVP n Chamakh jd CF.. dan aku hrp crita squillaci ni adlh satu coretan kisah benar yg bkn direka cipta oleh seputra,heheh.. ok aku sgt brharap squillaci ni dpt suaikan diri dan menemui keserasian di Emirates dan dpt brmain dgn riangnya..haha.. semoga musim ni adlh musim trbaik utk The Gunners!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil