28 August 2010

Update Kecederaan RvP


Striker utama Arsenal, Robin van Persie yang cedera pada pertemuan dengan Blackburn semalam dijangka perlu berehat selama 10 hari atau dua minggu. Menurut Wenger, kaki RvP cuma terkehel sedikit akibat terjahan pemain blackburn semalam. Bagaimana pun ini hanya merupakan jangkaan awal sahaja. Kita akan dapat tahu betapa serius sebenarnya kecederaan RvP nanti apabila keputusan pemeriksaan lanjut diketahui tak lama lagi.

Harap-harap RvP tak injurd teruk sangat. Kalau betul dua minggu sahaja itu sudah cukup baik kerana perlawanan seterusnya adalah pada 11 september iaitu dua minggu lagi. Jadi team kita tak akan terasa sangat kehilangan RvP. Jangan jadi macam musim lepas sudah la. Walaupun kita dah ada Chamakh, RvP tetap diperlukan lebih-lebih lagi kalau AW nak rotate pemain. Bukan nak menafikan kewujudan Bendtner tapi bayangkan kalau semua pemain Arsenal fit lebih-lebih lagi yang berpengaruh macam RvP dan Fab, Arsenal pasti akan dapat pergi lebih jauh.

Saya percaya tak akan ada orang yang dapat menafikan bahawa salah satu punca Arsenal gagal memenangi trofi adalah masalah kecederaan. Saban musim Arsenal sering menjadi pasukan yang mempunyai masalah kecederaan yang paling teruk. Harap musim kali ni nasib Arsenal akan lebih baik.

Sempena bulan Ramadan ni jugak harap-harap pasukan yang selalu mengambil jalan mudah dengan bermain secara fizikal untuk mencapai kemenangan ketika bertemu Arsenal bermuhasabah diri. Mentang-mentang pemain-pemain Arsenal kecil-kecil semuanya diorang suka hati je nak lanyak macam main gusti. Perkara ni jelas dapat dilihat ketika Arsenal menentang pasukan-pasukan seperti Blackburn, Stoke city, termasuk Man U sekali pun. Sebab tu Wenger kritik pemain-pemain Man U macam si Scholes dengan Fletcher tu. Tackle tah pape, yang angin nya Reff selalu aje menyebelahi Man U ni. Tah berapa la Man U bayar kat Reff tu.

Sampai sini jela setakat ni. Apa-apa perkembangan akan diupdate kemudian.

Once a Gunner always a Gunner!

3 comments:

  1. Tgk gaya RvP kuar pdg mlm td mcm x lama je..lenggang je kuar..kira pesakit luar je tu.. hrp ok2 je sbb mmg betul, arsenal perlukan player sperti RvP atau Fabregas utk sntiasa berada di ats pdg..bkn krn dia lebih hebat drp org lain tp pmbangkit semangat kpd rakan2 utk terus konsisten dlm setiap prlawanan..faktor gak tu..

    ReplyDelete
  2. RVP pemain yng paling bersemangat bila diturunkan..

    ReplyDelete
  3. Everyone loves it when individuals get together and share
    thoughts. Great site, stick with it!
    Here is my site :: transfer news chelsea falcao

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan