Preview Match 3: Blackburn Rovers v Arsenal at Ewood Park

Hari ini Arsenal akan berkunjung ke Blackburn dengan misi untuk meneruskan kemenangan bagi memberi harapan untuk mencabar kejuaraan untuk musim ini. Arsenal dilihat tidak menghadapi masalah untuk kunjungan ke Ewood Park kali ini. Dengan kebanyakkan pemain utama sudah kembali cergas Arsenal dijangkakan akan menurunkan pasukan yang kuat bagi menghadapi asakan Blackburn yang akan menggunakan taktikal 'rugby' menentang Arsenal. So nie barisan kemungkinan Arsenal:

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Koscielny---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Diaby
Walcott---RvPersi---Arshavin

Aku menjangkakan Wenger akan membuat sedikit perubahan dalam skuad yang menewaskan Blackpool tempoh hari. Ini bagi memberi ruang kepada pemain lain untuk menunjukkan kemampuan. Aku menjangkakan Wilshere dan Chamakh akan diletakkan dibangku simpanan dan Fabregas dan RvPersi akan memulakan aksi. Dan semestinya Koscielny akan kembali mendapat tempat disisi Vermaelen selepas selesai pengantungan satu (1) perlawanan.

Arsenal yang baru sahaja mengesahkan penambahan pemain pertahanan dengan sempurnanya perpindahan Sebastien Squillaci tidak akan tergesa-gesa menggunakan khidmat beliau memandangkan Koscielny telah pun kembali memperkuatkan barisan pertahanan Arsenal. Jadi Arsenal dilihat kembali memperkukuhkan pertahanan. Vermaelen dijangka tidak menghadapi masalah untuk beraksi, Sagna dan Clichy pula akan terus memperkukuhkan kedudukan di dalam skuad yang akan berkunjung ke Ewood Park.

Aku mengharapkan barisan pertahanan kali ini dapat menahan asakan Blackburn yang dijangkakan akan bermain taktikal keras sepertimana yang terjadi musim lepas apabila Arsenal tewas di Ewood Park dengan 2-1 selepas Blackburn bermain dengan agak keras.

Arsenal juga mendapat berita gembira dengan kembalinya kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas yang kembali cergas sepenuhnya dan aku melihat yang Cesc susah bersedia untuk beraksi bagi menentang Blackburn. Kehadiran Cesc amat penting bagi Arsenal bagi meneruskan momentum kemenangan. Beliau dilihat akan bergandiangan dengan Song, yang kembali beraksi ketika kemenangan keatas Blackpool tempoh hari walaupun sebagai pertahanan tengah tetapi aksi beliau dilihat sangat baik.

Jadi tugas DM Arsenal akan kembali ke tangan Song. Diaby pula dijangkakan akan terus meneraju bahagian tengah selepas cemerlang untuk 2 perlawanan yang lepas dengan aksi yang menarik perhatian aku dengan skill beliau yang akan mengelirukan pemain lawan walaupun kadang2 beliau agak membuang masa. So bahagian tengah akan sentiasa dikuasai oleh Arsenal.

Barisan serangan pula aku melihat Robin van Persi akan diberi ruang untuk beraksi dan kembali menjadi pemain utama Arsenal untuk musim ini mengantikan Marouane Chamakh. RvPersi yang telah cergas sepenuhnya sepatutnya memberi kelebihan kepada Arsenal semasa kunjungan ke Blackburn kali ini. Untuk rekod, beliau merupakan penjaring tunggal Arsenal ketika kekalahan Arsenal kepada Blackburn di Ewood Park musim lepas.

Chamakh dilihat akan direhatkan dan akan memberi beliau ruang untuk mengurangkan tekanan kepada beliau. Bagi aku ,aku suka permainan Chamakh kerana beliau memiliki passion dalam permainan dan begitu yakin semasa beraksi. Walcott pula dilihat akan terus mengukuhkan kedudukan dibahagian kanan Arsenal dan Arshavin pula dilihat tidak menghadapi masalah dibahagian kiri Arsenal.

Melihat barisan yang akan diturunkan Arsenal pada perlawanan yang akan berlangsung pada jam 7.45 malam ini, Arsenal dilihat akan menghadapi sedikit tentangan dari Blackburn. Rekod Sam Allardyce menentang Arsenal selalunya memberi masalah kepada Arsenal. Aku mengharapkan kali ini Arsenal dapat mengalahkan Blackburn, dan aku menjangkakan Arsenal akan menang 3-1. Untuk fan ArsenalMalaysia sila predict keputusan malam ini, kita lihat mampukah Arsenal meneruskan aksi cemerlang minggu lepas. So jangan lupa perlawanan akan disiarkan di Astro ESPN jam 7.45 malam. So penuhi Venue anda sambil berbuka puasa menonton aksi pasukan kegemaran anda nie. Adios!!!

Go Arsenal Go!!!! We Can Do It!!!Yoshhh!

Comments

  1. bro....aku rase rosicky main mlm nie coz dia lebih sesuai n paham gaya wallcot...so...aku predict 4-0..

    .....................aluminia................
    ...sagna........kocieny........varmealen...clichy...

    .......................song.........................
    ..................rosicky....febregas...............

    ..........wallcot.......................ashravin....

    ......................carhmarh/van persie...........

    ReplyDelete
  2. mybe gak..dia pun dh main best dh..

    pa pun barisan malam nie Arsenal kena buktikan yang permainan fizikal tak lagi mengganggu permainan Arsenal!!

    ReplyDelete
  3. Arsenal x mgalami mslh jika lwn blackburn di emirates, utk rekodpun arsenal sgt selesa dgn kemenangan dgn gol yg besar..tp di ewood park ni ssh ckit nk capai kemenangan tahap mcm tu..apapun arsenal akan mng jg mlm ni..

    prediction: Blackburn 0-2 Arsenal

    ReplyDelete
  4. prediction aku: Blackburn 0-9 Arsenal

    ReplyDelete
  5. wa amat begitu yakin ko..bagus..tp bukan senang nak menang 10-0 pun ngan blackburn kat Ewood park..pa pun hope enjoy the game smbil buka posa..hehe

    ReplyDelete
  6. So kompom la line-up aku buat kali nie...hehe

    ReplyDelete
  7. hahaha...arsenal dh menang........so takder saper pon lg leh buli arsenal ngn long ball.....taun nie arsenal punyer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil