Preview Match 1: Liverpool v Arsenal at Anfield

Salam semua kepada pembaca ArsenalMalaysia, seperti yang aku janji aku nak highlightkan preview untuk perlawanan hari ini dimana Liverpool akan menanti kunjungan Arsenal untuk pembukaan perlawanan pertama kedua-dua pasukan pada musim ini. Sememangnya rekod pertemuan Arsenal dalam 2-3 musim lalu Arsenal tidak menghadapi masalah ketika bermain di Anfield tetapi untuk kali ini Arsenal perlu buktikan kemampuan mereka untuk mencabar kejuaraan dan sememangnya itu yang diharapkan semua penyokong Arsenal. Sebelum aku mengulas lebih lanjut aku nak bagi gambaran sedikit dengan pasukan yang bakal Arsenal turunkan pada malam ini :

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Koscielny---Vermaelen---Clichy
Wilshere---Diaby---Nasri
Walcott---Chamakh---Arshavin

Dengan senarai kecederaan dan masalah kecergasan, aku rasa ini merupakan barisan terbaik Arsenal untuk berkunjung ke Anfield. Diaby dan Arshavin telah disahkan boleh bermain, tetapi keraguan masih melanda Cesc Fabregas dan Robin van Persi yang masih belum cergas sepenuhnya cuma dijangka akan bermain di separuh masa kedua. Persoalan penjaga gol terus menjadi tanda tanya tetapi memandangkan jawapan yang diberi Wenger aku dapat mengagak siapa akan menjadi penjaga gol No.1 Arsenal.

Ok aku tak mau main teka teki lagi, aku kuat merasakan yang Almunia akan terus menjadi penjaga gol No.1 Arsenal musim ini. Ini berdasarkan pengalaman beliau dan sememangnya penjaga memerlukan orang yang berpengalaman untuk diberi tanggungjawab. Wenger juga menjelaskan yang dia telah membuat penilaian sepenuhnya sebelum memilih penjaga gol No.1 Arsenal untuk musim ini. Tetapi sebarang perubahan akan memberi kejutan kepada penyokong Arsenal.

Dibahagian pertahanan Arsenal dilihat masih lagi perlu di perbaiki, ini terbukti dalam 3 perlawanan terakhir pre-season Arsenal ketika menentang Milan (1), Celtic (2) dan Legia Warsaw (5). Tetapi kali ini aku yakin yang Wenger akan mengekalkan gandingan Koscielny, pemain baru yang di bawa dari Loirent bersama Thomas Vermaelen sebagai pertahanan tengah dan akan di bantu Sagna dan Clichy. Aku lebih suka sekiranya Gibbs yang bermain tetapi pilihan ditangan Wenger so dengan pemain yang ada, aku yakin Arsenal mampu menahan asakan Liverpool yang akan bermain tanpa Torres.

Dibahagian tengah pula Arsenal tidak ada masalah walaupun kecederaan masih lagi melanda Alex Song dan juga Ramsey serta masalah kecergasan yang melanda Fabregas dan Denilson. Arsenal pada ketika ini sememangnya mempunyai banyak pilihan dibahagian tengah.

Aku menjangkakan Nasri akan mengetuai barisan tengah Arsenal bersama Wilshere dan Diaby. Sekiranya Fabregas berjaya dalam ujian kecergasan sebelum sepak mula, sememangnya beliau akan memulakan aksi pada malam ini. Nasri telah menunjukkan banyak peningkatan dalam permainan beliau ketika pre-season dengan menjadi penjaring terbanyak Arsenal dan Wilshere telah bermain untuk semua perlawanan pre-season. Ini menyakinkan aku yang Wenger seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk terus mengemudi barisan tengah Arsenal.

Dengan ketiadaan Song dibahagian Defensive Midfielder, Diaby dijangkakan akan mengambil posisi tersebut walaupun aku merasakan Frimpong juga layak tetapi Wenger mahu seimbangkan kawasan tengah dengan pemain yang lebih berpengalaman.

Dibahagian serangan pula, Arsenal mempunyai sedikit masalah dengan RvP masih belum cergas, Carlos Vela yang keletihan dan Bendtner yang masih cedera. Tetapi permata baru Arsenal iaitu Marouane Chamakh sememangnya pilihan utama untuk mengemudi barisan serangan Arsenal dengan akan dibantu oleh Theo Walcott dan Andrey Arshavin.

Chamakh sememangnya pilih bijak Wenger kali ini, beliau telah membuktikan kepada seluruh peminat Arsenal apa yang boleh sumbangkan kepada Arsenal untuk musim ini dan musim akan datang. Cara permainan beliau tidak terlalu mementingkan diri, suka permainan berpasukan dan sememangnya kemahiran menjaringkan gol telah dibuktikan ketikat menentang AC Milan dan Legia Warsaw. Aku mengharapkan prestasi beliau sepanjang Ramadhan ini tidak terjejas.

Chamakh akan bergandingan dengan Walcott yang akan bermain disebelah kanan sayap Arsenal dan pemain yang selalu menjaringkan gol di Anfield iaitu Arshavin akan mengambil sayap kiri Arsenal. Walcott jug telah membuktikan peningkatan dan aku cukup yakin dengan permainan beliau setakat ini. Dan aku berharap Arshavin akan terus menunjukan magic beliau ketika menentang pasukan atau musuh kesukaan beliau ini.

Jadi aku berharap pada perlawanan pertama Liverpool dan Arsenal ini akan menunjukkan permainan menarik. Aku juga berharap Arsenal akan memulakan aksi pembukaan dengan nota kemenangan dengan 2-1 menjadi pilihan aku. So kepada seluruh fan Arsenal ayuh kita penuhi venue masing-masing pada jam 11 malam dan akan di tanyangkan secara Live di Astro Supersport 817/813. So kepada yang beragama Islam tuh jangan jadikan alasan tinggalkan terawih dimasjid berhampiran...hehe..so akhir kata, aku mengharapkan kemenangan pada malam ini.

Come on Arsenal!!! We Can Do It!!!

Comments

  1. dgn keadaan benteng arsenal yg kurang meyakinkan hati kecilku mengatakan kalau arsenal draw pun dh kira sgt bernasib baik.. tp aku gak predict arsenal mng 1-0.. huh kesalnya..

    ReplyDelete
  2. RALAT: tp aku nak gak predict arsenal mng 1-0

    ReplyDelete
  3. haha..siap ada ralat lagi tu...

    Ni barisan penuh Arsenal jap g...

    Almunia
    Sagna---Koscielny---Vermaelen---Clichy
    Fabregas----Diaby----Nasri
    Walcott---Chamakh----Arshavin

    Sumber dari http://uk.eurosport.yahoo.com/football/premier-league/2010-2011/liverpool-arsenal-381136.html

    ReplyDelete
  4. pukul berapa game ini kalau time nya di malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil