15 August 2010

Permulaan Yang Goyah, Tetapi Reina Jadi Penyelamat!!

Arsenal terselamat dari dimalukan Liverpool selepas berjaya mengikat kedudukan diakhir permainan dengan keputusan penuh 1-1 selepas Reina tertampan bola ke gawang sendiri. Tetapi pujian harus diberikan kepada anak buah Wenger selepas tidak mengaku kalah walaupun ketinggalan diawal permainan diseparuh masa kedua. Berikut adalah barisan permain yang diturunkan Arsenal :

Arsenal's Starting XI

Almunia
Sagna---Koscielny---Vermaelen---Clichy
Wilshere---Diaby---Nasri
Eboue---Chamakh---Arshavin

Subs:Fabianski, Gibbs, Song, Rosicky, Walcott, Vela & RvPersi

Arsenal memulakan kempen kali ini dengan baik walaupun ketiadaan Fabregas pada kunjungan kali ini. Separuh masa pertama aku melihat permainan Arsenal begitu baik cuma penyudah sahaja kekurangan disebabkan kurangnya kretiviti dari bahagian tengah Arsenal.

Arsenal memulakan aksi dengan Almunia terus diberi kepercayaan menjadi penjaga gol No.1 Arsenal. Dibahagian pertahanan Wenger meletakkan harapan kepada gandingan baru Arsenal Koscielny dan Vermaelen. Wilshere pula diberi peluang beraksi sekali gus menjadi pemain termuda diatas padang pada perlawanan sebentar tadi. Tetapi aksi Wilshere agak kurang mantap kerana selalu gagal menahan bola dengan kemas. Chamakh pula bermain sebagai penyerang tengah dan dibantu oleh Eboue dan Arshavin.

Arsenal mendapat beberapa peluang pada separuh masa pertama, dengan percubaan Vermaelen hasil sepakan percuma dari jarak 35 ela gagal di sempurnakan selepas Reina cemerlang menyelamatkan gawang Liverpool. Permainan kedua-dua pasukan bertukar agak kasar apabila Wilshere dilayangkan kad kuning, tetapi sebelum tamat separuh masa pertama Liverpool bermain dengan 10 orang apabila Joe Cole dibuang pada selepas melakukan terjahan keras keatas Koscielny di penjuru padang dan Koscielny dilihat mengalami kecederaan serius. Ternyata Arsenal seharusnya mempunyai kelebihan diseparuh masa kedua.

Bermula saja separuh masa kedua, Arsenal masih menurunkan Koscielny dan berita gembira tersebut tidak lama apabila Liverpool mendahului seawal minit pertama diseparuh masa kedua. Gol pada minit ke-46 itu terhasil apabila bola lorongan Mascherano menemui Ngog yang berjaya melepasi perangkap offside sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Almunia yang agak off position. Tersentak dengan jaringan tersebut Arsenal kembali memperkemaskan serangan.

Arsenal melakukan pertukaran permaian apabila Rosicky dan Walcott dibawa masuk mengantikan Wilshere dan Eboue. Kemudian membawa masuk Robin van Persi mengantikan Diaby. Kemasukan mereka memberi sedikit suntikan semangat dan harapan kepada Arsenal.
Ketika Arsenal diambang kekalahan, muncul wira menyelamatkan Arsenal..sapa??Chamakh??

Hero Arsenal bukanlah Chamakh walaupun beliau yang berjaya mencuri bola sebelum bola terkena palang gol.Tetapi Reina lah wira sebenar Arsenal apabila bola muntah tersebut gagal diselamatkan dan telah menolak bola kegawang sendiri. Gol pada minit ke 90 tesebut memberi mata paling bermakna Arsenal di Anfield selepas rekod Arsenal di Anfield begitu baik sejak 2-3 musim yang lalu.Tetapi kad merah kepada Koscielny menjadi penutup kepada game malam ini selepas beliau mendapat kad kuning kedua. Jadi dengan keputusan penuh ini, Arsenal berjaya meraih satu mata dan mengelak dari mengalami kekalahan pada pembukaan Liga untuk kali ini.So korang rasa permulaan kali ni baik atau tidak??Kasi komen anda di ruang yang disediakan.

So untuk keseluruhan permainan, Arsenal bermain diseparuh masa pertama begitu baik dan tertekan diseparuh masa kedua walaupun berjaya mencuri mata dari Liverpool. Untuk perlawanan kedua nanti, Arsenal perlu membuat sesuatu bagi memperkemaskan lagi gerakan dan semestinya Fabregas dan Robin van Persi seharusnya cergas sepenuhnya. So to all Gooners, kita jumpa lagi minggu hadapan dengan Arsenal v Blackpool. Adios!!

In Wenger We Trust!!! Proud To Be A Gooners!!!!



Liverpool v Arsenal

Derry | MySpace Video

2 comments:

  1. Download highlight dan full match=]
    http://just4passions.blogspot.com/2010/08/15-08-10-arsenal-1-1-liverpool.html

    ReplyDelete
  2. nasri terlalu byk pegang bola dan lmbt utk menghantar kpd rakan....tp defender mmg boleh dipuji...koscielny mmg mantap...formasi 4-5-1 nie mmg bgs klau xnak kne counter attack..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan