Latest News: Federico Marchetti, Ryo Miyaichi dan Emir Spahic

Sebelum aku sentuh cerita berkenaan pemain yang di intai Arsenal, aku nak mula dulu dengan berita Kapten Arsenal iaitu Cesc Fabregas. Beliau yang akan kembali ke Arsenal pada hari ini (5 Ogos) dikabarkan masih mengharapkan perpindahan beliau ke Barcelona akan menjadi satu kenyaatan suatu hari nanti. Tetapi beliau menegaskan yang ketika ini beliau masih lagi pemain Arsenal.

Berita tentang Fabregas ini takkan habis selagi Barcelona tidak berhenti menekan Arsenal untuk terus melepaskan bintang muda mereka ini. Bagi aku sekiranya Fabrgeas mahu pergi, biar dengan cara baik, tetapi aku nak juga Fabregas buktikan pada penyokong Arsenal yang beliau seorang pemenang selepas berjaya membantu pasukan kebangsaan memenangi Piala Eropah dan Piala Dunia.

Nie pula berkenaan kedudukan penjaga gol Arsenal. Ketika ini tempat No.1 penjaga gol Arsenal masih lagi berteka teki dengan begitu banyak spekulasi berkaitan pemain yang akan dibeli Arsenal. Federico Marchetti di sebut-sebut antara penjaga gol yang akan di beli Arsenal, tetapi kini West Ham juga berminat mahu mendapatkan pemain tersebut. Jadi sekiranya Arsenal terus berminat, berkemungkinan besar harga belia akan melambung naik. Tetapi aku rasa harapan untuk penjaga gol baru ke Arsenal sangat tipis. Untuk rekod Arsenal ada 4 penjaga gol yang bagus pada ketika ini dengan di ketuai Almunia, Fabianski, Mannone dan juga Szczesny.

Ini pula berkenaan seorang pemain Asia yang berumur 17 tahun dari Jepun. Ryo Miyaichi ketika ini hadir ke Arsenal untuk tempoh percubaan, dan turut berlatih bersama pasukan utama Arsenal sepanjang seminggu di London sebelum ke Ajax untuk percubaan juga. Beliau sempat beraksi pada aksi persahabatan Arsenal menentang Boreham Wood dimana beliau menunjukan permainan yang bagus di depan Arsene Wenger. Peluang beliau untuk mendapat kontrak bersama Arsenal sangat cerah, tetapi terpaksa menunggu samada Ajax akan mengikat kontrak beliau atau tidak.

Aku amat berharap Ryo dapat bersama Arsenal, untuk rekod pemain Asia terakhir pernah beraksi dengan Arsenal ialah Junichi Inamoto pada 2001-2002. Tetapi khidmat beliau tidak lama di Arsenal kerana beliau tidak pernah sekali pun beraksi di Liga Perdana, hanya beraksi pada League Cup dan Champion League sahaja.

Wenger baru-baru ini mengatakan yang beliau masih mencari seorang lagi pemain pertahanan yang bagus untuk penambahan di bahagian pertahana Arsenal. Ketika pemain tinggi lampai dari German, Pert Mertesacker di katakan akan kekal di Wender Bremen Arsenal dilihat sedang memerhati pemain pertahanan Montpellier iaitu Emir Spahic. Khidmat beliau sebenarnya hanya untuk mengantikan pertahanan veteren Arsenal yang telah keluar kerana umur beliau ketika ini hampir 30 tahun dan bagi aku pengalaman beliau sangat luas.

Beliau bermain untuk Bosnia di peringkat antarabangsa dan selesa bermain di pertahan tengah dan boleh bermain di bahagian kiri sebagai full back. Aku juga masih mengharap Arsenal akan dapat seorang lagi pemain pertahanan yang bagus bagi memastikan Arsenal terus kebal untuk kempen kali ini. Sekiranya ada penambahan pemain yang akan dibawa Wenger, aku berharap Arsenal mampu memenangi Piala pada musim ini. Ayuhh Arsenal, Teruskan Perjuangan!!!
Go Arsenal Go!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil