21 August 2010

Hatrik Walcott Julang Arsenal

Arsenal membuka tirai musim baru di Emirates dengan kemenangan besar menewaskan pasukan baru EPL iaitu Blackpool dengan 6-0. Gol hasil inspirasi dari Walcott yang menyumbat hatrik dan diikuti Arshavin, Diaby dan permata baru Arsenal iaitu Chamakh. Pada perlawanan hari ini Arsenal menurunkan Cesc Fabregas dan Robin van Persi pada separuh masa kedua. Berikut barisan kesebelasan utama Arsenal v Blackpool:

Arsenal's Team XI

Almunia
Sagna---Song---Vermaelen---Clichy
Wilshere---Diaby---Rosicky
Walcott---Chamakh---Arshavin

Subs: Fabianski, Djourou, Gibbs, Eboue, Vela, Cesc Fabregas, RvP

Sebelum sepak mula, Arsenal dijangka akan menurunkan Cesc Fabregas dan Robin van Persi tetapi melihat kepada barisan utama yang bermain aku menjangkakan yang Wenger masih berhati-hati untuk menggunakkan khidmat mereka memandangkan Arsenal sedang dilanda krisis kecederaan.

Arsenal membuat sedikit perubahan dari perlawanan menentang Liverpool tempoh hari, dengan Song mengambil alih tempat Koscielny yang digantung selepas mendapat kad merah, Rosicky pula bergerak ditengah mengambil tempat Eboue dan Walcott memulakan aksi di bahagian kanan Arsenal.

Arsenal bermula baik di awal permainan, dengan gerakan dan larian pantas berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Blackpool. Arsenal berjaya mendahului pada minit ke-12 apabila Walcott berjaya menyempurnakan lorongan dari Arshavin dengan tolakan deras menewaskan penjaga gol Blackpool, Matthew Gilks. Gol awal dari Walcott ini sememangnya gol inspirasi bermulanya pesta gol pada malam ini.

Arsenal kemudian berjaya mendahului 2-0 pada minit ke-32 apabila Arshavin bijak menyempurnakan sepakan penalti. Penalti tersebut berpunca dari kekasaran pertahanan Blackpool, Ian Evatt yang menjatuhkan Marouane Chamakh dalam kotak penalti. Evatt juga dibuang padang hasil kekasaran tersebut.

Bermain 10 orang menentang Arsenal bukanlah satu tugas yang mudah, apatah lagi ketinggalan 2-0 hasil jaringan Walcott dan penalti dari Arshavin. Blackpool memerlukan sesuatu untuk menahan asakan Arsenal.

Tetapi belum sempat Blackpool memperkemaskan gerakan mereka, Arsenal sekali lagi menjaringkan gol. Kali ini Theo Walcott menyumbangkan gol kedua beliau untuk Arsenal untuk menjadikan kedudukan 3-0. Gol pada minit ke-39 tersebut berpunca dari umpanan dari pemain muda Arsenal iaitu Jack Wilshere yang berjaya menemui Walcott yang kemudian membuat turning sebelum merembat deras bola kegawang Blackpool.

Tamat separuh masa pertama, Arsenal bergaya mendahului 3-0 dengan dua (2) gol dijaringkan oleh Walcott dan satu (1) dari penalti Arshavin. Ternyata Blackpool dalam keadaan tertekan menentang Arsenal dengan beraksi 10 pemain.

Separuh masa kedua Arsenal kembali dengan lebih baik, seawal minit ke-49 iaitu baru 4 minit bermula Arsenal terus melebarkan jurang gol kepada 4-0. Kali ini gol dijaringkan oleh Abou Diaby yang bijak menolak masuh bola lorongan dari Bacary Sagna. Arsenal kelihatan begitu selesa dengan gol tersebut. Tetapi tidak bermakna Arsenal akan memperlahankan permainan.

Arsenal terus mengasak kubu Blackpool dengan serangan bertali arus, dan 9 minit kemudian Arsenal menambah lagi gol ke-5 pada minit ke-58. Gol berpunca dari umpanan Rosicky sebelum Walcott bijak mengunakan kepantasan beliau untuk menewaskan pertahanan lawan sebelum membuat rembatan lengcong menewaskan penjaga gol. Walcott muncul pemain pertama yang menyumbangkan hatrik Arsenal pada musim ini, dan ianya berlaku di Emirates.

Kemudian Wenger memasukan Cesc Fabregas dan Robin van Persi bagi mengantikan Diaby dan Arshavin. Kemasukan Cesc Fabregas disambut penyokong di Emirates dengan tepukan gemuruh dan mereka menyanyikan nama Fabregas. Kemasukan mereka memberi lebih ancaman kepada Blackpool. Kemudian Arsenal juga memasukan Vela yang mengantikan Walcott.

7 minit sebelum tamat perlawanan, Arsenal masih bernafsu untuk terus menghukum Blackpool. Kali ini permata baru Arsenal, Marouane Chamakh akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama beliau dalam EPL. Gol pada minit ke-83 tersebut berpunca dari sepakan penjuru yang diambil RvPersi berjaya menemui Chamakh yang menanduk deras menewaskan Gilks. Ternyata gol tersebut merupakan gol terakhir dan penutup gemilang Arsenal pada malam ini.

Dengan keputusan penuh pada malam ini, Arsenal berjaya menewaskan pendatang baru EPL, Blackpool dengan 6-0 dan Walcott menjadi inspirasi kejayaan Arsenal pada malam ini layak diberi pemain terbaik perlawanan. Untuk perlawanan seterusnya Arsenal akan menentang Blackburn Rovers pada 28 Ogos nanti. Aku berharap Arsenal akan meneruskan momentum kemenangan ini dan terus konsisten untuk kempen kali ini. So korang boleh la tidur dengan nyenyak dan tersengih untuk minggu ini. So tahniah kepada anak buah Wenger, kami berbangga dengan anda. So, Adios!!!!

We Got Cesc Fabregas!!!! Go Arsenal Go!!!

1 comment:

  1. Dpt kan highlight dgn full game arsenal vs blackpool kat sini

    http://just4passions.blogspot.com/2010/08/21-08-10-barclays-premier-league-week-2.html

    mediafire link;]

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan