Emirates Cup: Arsenal v Ac Milan 1-1

Arsenal memulakan aksi Emirates Cup dengan nada yang agak baik walaupun dipaksa seri oleh AC Milan. Walaupun berjaya mendahului seawal minit ke-36 hasil jaringan pemain baru Arsenal iaitu Marouanne Chamakh, Alex Pato kemudian berjaya mencuri satu gol untuk AC Milan pada minit ke-77 setelah berjaya menanduk masuk selepas Milan dihadiahkan sepakan percuma. Berikut adalah barisan yang diturunkan Arsenal.

Arsenal Best XI
Fabianski
Eboue---Koscielny---Vermaelen---Gibbs
Wilshere---Frimpong---Nasri
Rosicky---Chamakh---Arshavin

Arsenal menurukan pasukan seimbang pada separuh masa pertama, dengan meletakkan Frimpong sebagai Defensive Midfielder dimana beliau cukup baik mengawal permainan dan berjaya menghalang asakan Milan. Aksi barisan hadapan juga tidak mengecewakan apabila gandingan Chamakh bersama Arshavin dan Rosicky berjaya membuat barisan Milan berada dalam keadaan tertekan. Hasilnyan Chamakh berjaya menjaringkan gol setelah menerima umpanan dari Arshavin.

Di barisan pertahanan dan penjaga gol, Arsenal dilihat cukup baik di separuh masa pertama. Di mana gandingan baru Vermaelen iaitu Koscielny cukup bagus dalam membaca permainan serta dapat menutup ruang bagi mengagalkan usaha barisan serangan Milan. Gibbs juga dilihat bijak membuat overlapping serta pantas bertahan bila diperlukan.

Overall permainan sepanjang 70 minit Arsenal aku lihat cukup meyakinkan, tetapi bila Djourou masuk mengantikan Frimpong pada minit ke-69 Arsenal seolah-olah membuka ruang kepada Milan untuk menyerang dan Djourou ternyata gagal menjalankan tugas sebagai DM. Tetapi untuk rata-rata pemain beraksi sangat baik. Untuk peminat Arsenal, aksi menentang Milan cukup untuk mengambarkan persiapan Arsenal menjelang sepak mula EPL pada 15 Ogos nanti cukup bersedia.

So kepada siapa yang tak sempat menontong perlawanan semalam, nie aku letakkan highlight game Arsenal v AC Milan dan untuk highlight penuh boleh tengok kat Youtube dan search 2010-07-31 Emirates Cup Arsenal 1-1 AC Milan.

So enjoy the game..Arsenal Will Be Champion This Season!!!


Comments

  1. boleh donlond highlight kat sini=]
    http://www.mediafire.com/download.php?bpc43u5o0ul9xgw

    ReplyDelete
  2. trm kash kaizat.. benda free ni jgn dilambat2kan.. jom donload..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil