12 August 2010

Bersediakah Arsenal Untuk Musim 2010/2011??

Salam kepada fan Arsenal di seluruh Malaysia dan dimana saja anda berada. Sebelum aku memulakan perbicaraan ilmiah kali nie aku nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarrak kepada semua yang beragama Islam. Ok berbalik kepada tajuk pada kali ini, kurang 3 hari dari sekarang Arsenal akan memulakan kempen EPL pada 15 Ogos nanti dengan berkunjung ke Anfield bagi bertemu Liverpool sebagai pembuka kempen baru 2010/2011 kali ini.

Persoalan timbul dikalangan peminat, adakah Arsenal sudah cukup bersedia dengan kempen kali ini?? Bagi aku, melihat kepada persiapan rapi Wenger di awal pra-musim Arsenal sememangnya menunjukkan kesungguhan bagi mencabar kejuaraan kali ini. Dengan kemasukan pemain baru iaitu Laurent Koscielny dan Marouane Chamakh seawal permulaan pra-musim, Arsenal dilihat lebih serius bagi membawa pulang piala ke Emirates. Kemasukan Koscielny dan Chamakh dilihat sebagai penambahan terbaik Arsenal dengan Wenger sekali lagi dipuji bijak membuat pilihan dalam membawa masuk pemain yang berkualiti. Sepanjang kempem pra-musim juga memberikan sedikit gambaran kepada kita yang pemain baru Arsenal ini sangat boleh diharap, Chamakh dengan sumbangan golnya yang hebat dan Koscielny dengan kebijaksaannya mematahkan serangan lawan.

Tetapi harus diingat, Arsenal ketika ini kekurangan pemain di bahagian pertahanan. Setelah Gallas, Senderos, Campbell dan tidak dilupakan Silvester telah meninggalkan Arsenal, ini menyebabkan Arsenal pada ketika ini sangat perlukan pemain pertahanan baru sekurang-kurangnya sebagai back-up kepada pertahanan sedia ada termasuklah Djourou, Nordtveit, Vermaelen dan Koscielny. Pilihan utama Wenger mestilah menjurus kepada gandingan Vermaelen---Koscielny, tetapi aku masih berharap Wenger akan mengambil Tasci ataupun Cahill sebagai pilihan tambahan kepada skuad Arsenal.

Fokus Arsenal juga dilihat cukup baik pada ketika ini, dengan setiap pemain memberikan komitmen yang baik sepanjang perlawanan persahabatan pra-musim tetapi hanya 2 perlawanan terakhir Arsenal sahaja melihatkan kerapuhan benteng dan bertapa Arsenal perlu mencari penjaga gol baru yang lebih baik. Aku juga melihat pemain yang dipinggirkan dari World Cup oleh negara masing-masing iaitu Walcott (England) dan Nasri (Perancis) dilihat begitu baik dan fokus ketika beraksi, mereka seperti tidak memikirkan langsung kekecewaan tersebut. Ini memberi berita baik sekiranya prestasi mereka terus menerus meningkat, Nasri merupakan penjaring terbanyak kempen pra-musim kali ini, Walcott juga banyak menunjukkan peningkatan bukan saja dari segi kepantasan tetapi skill dan kebijaksaan dalam membuat hantaran. Pemain muda Arsenal juga memberi tonik terbaik Arsenal dengan Frimpon dan Wilshere dilihat sudah mengukuhkan tempat mereka dalam kesebelasan Arsenal.

Tetapi Arsenal juga sedang dilanda krisis kecederaan dan kecergasaan. Kecederaan Bendtner, Song, Diaby, dan juga Denilson memberi amaran kepada Arsenal, sebarang kecederaan tambahan dalam skuad Arsenal akan memberi kesan terhadap kempen Arsenal kali ini. Masalah kecergasan semestinya menjurus kepada Cesc Fabregas dan Robin van Persi, mereka bermain untuk perlawanan Akhir Piala Dunia dan pada ketika ini masih diragui tahap kecergasan mereka dengan Cesc yang kembali mewakili Sepanyol untuk perlawanan persahabatan menentang Mexico dilihat akan terlepas aksi pembukaan Arsenal. Robin van Persi pula masih belum diketahui, tetapi aku kuat merasakan yang van Persi akan bermain pada 15 Ogos nanti.

Sekiranya segala masalah diatas dapat diatasi dalam tempoh kurang 3 hari ini, Arsenal dilihat tidak ada masalah besar bagi menentang Liverpool di Anfiel nanti. Arsenal perlu menang perlawanan pembukaan ini bagi memberi isyarat kepada lawan yang Arsenal memang serius memberi cabaran untuk musim kali ini. Jadi aku berharap sangat Wenger akan membuat keputusan yang bijak sebelum sepak mula EPL. So sebelum aku akhiri, korang boleh la memberi pendapat mengenai artikel kali ini, dan boleh memberi pandangan mengenai persiapan Arsenal. So sebelum aku akhiri, aku nak kongsi perlawanan England menentang Hungary pada 11 Ogos 2010. So jangan lupa, sama2 kita saksikan perlawanan Arsenal menentang Liverpool pada 15 Ogos nanti. So kepada semua Gooners Semalaysia, Proud To Be A Gooners!!! Go Arsenal Go!!!


7 comments:

  1. harap semua player arsenal dpt memberi full comitment untuk bawa balik piala ke emirates.

    ReplyDelete
  2. yup..btui tuh,pastu harap consistent sepanjang kempen kali nie..
    bawa piala FA pun jadi la..tp lagi baik klu Juara Liga..(tamak3)

    ReplyDelete
  3. betul3...wenger kena beli plyer pertahanan sbb pertahanan gunners agk goyah skit laa..diharapkan musim ni arsenal dpt main secara konsisten xmau cam musim lepas awal musim hebat,last2 musim down..go gunners

    ReplyDelete
  4. rasa tak berapa yakinlah arsenal bleh pegi lebih jauh selagi pertahanan dan keeper tiada otai yang betol2 berpengalaman coz itulah kelemahan kita spt di tahun2 lepas..kalo tak diperbaiki sebelum EPL bermula, janganlah kita semua berharap sangat..tp sokong tetap sokong coz arsenal telah sebati dengan semangat kita suma..

    ReplyDelete
  5. aku rase memang wenger tau masalah CB ngan GK, cume skang ni memg payah nak beli pemain sebab harga pemain mahal nak mampos (man city punye pasal). tapi ade 2 minggu lg, aku yakin wenger bole cari.. cume kite perlukan lebih fokus, dan mental kene kuat dan yg paling penting, jangan kena krisis kecederaan kaw2 cam musim lepas, baru kite ada harapan cerah, pe2 pun UP GUNNERS!

    ReplyDelete
  6. x dinafikan vermaelen n kocielny adlh gandingan trbaik arsenal ketika ini..tp mampukah jika hanya mgharapkan mrk 100%..vermaelen mmg mantap tp kocielny wlaupun bagus mampukah dia mengekang makhluk mcm drogba n rooney..aku hrp dia bleh layan la makhluk2 ni.. mahu atau tidak AW kena beli gak defend n keeper yg brpengalaman, berbadan tegap cam vidic atau hangeland n hensem cam sagna.. kalu terbiar mcm tu je aku rasa goyah juga arsenal musim ni.. arsenal ada player muda yg bagus utk backup tp masih cetek pglaman bermain di EPL kalu ada yg pglamanpun johan djourou..djourou serius x bleh nk hrp sgt performer dia skrg, blum backup dia dh blackout dlu.. jd..pmbelian pemain prtahanan yg baru amat dialu2kan.. mahal..aku prcaya AW ckup teliti dgn harga n pasti AW akan dptkan player yg murah tp brkualiti dan kacak.. x dpt skrg dpt utk prpindahan januari pun ok la drp xde lgsung..dptkan bek dan keeper atau slh satu drpnya..atau sekali lg arsenal dirundum malang.. Apapun GO GUNNERS!!

    ReplyDelete
  7. goyah jgak bila melihatkan barisan pertahanan yang seakan2 tidak mncukupi utk mnghadapi musim baru.. dengan isu pnjaga gol yg tidak ada penyelesaian.. arsenal need hero in defender.. phil jagielka, garry cahill, hangeland, sesai utk arsenal.. jagielka tegap, cahill mmpu assisst & take free kick yg jauh, hngeland tinggi utk vlear bla bile corner @ site piece.. tp bab keeper yg pling x sedap hati.. ngn almunia sering trleka a.k.a sleep di hujung2 prlawanan @ x dpt knssten bile dlm keadaan genting.. fabianski plak trburu2, tkot2... rasenye manone agak ok la wlaupn kurng brmain.. tngok mase manone gnti almunia n fabianski.. rasenye dia dh bg persembahan yg mnkjubkn.. nak2 mase lwan fulham menang 1-0 je.. die gle2 jge gwang, x ckup ngn tangan, rela tadah muka utk save bola (mjur x ptah hdung manone).. player muda pn mntap sprti gibss, frimpong, JET, wilshere.. cuma mentaliti pn perlu diberi penekanan.. klau dh leading, make sure 3 gol.. x nk jdi mcm lwn wigan yg lpas.. klau ktnggalan pn, push up, counter attack.. bg sme kdudukn.. jngn gve up.. lbeh baik kalah selepas brjuang2 hbis2an drpn tewas ngn simple mistake... ape2 pn... x kn jemu sokong arsenal.. come on, berilah kejuaraan agar dpt blas jasa fabregas yg snggup stay di emirates utk 1 season lg..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan