28 August 2010

Arshavin & Walcott Beri Kemenangan Di Ewood Park!

Arsenal akhirnya berjaya lalui perlawanan di Ewood Park dengan nota kemenangan. Gol dari Walcott dan Arshavin memberi Arsenal kemenangan penting buat Arsenal. Tetapi kecederaan Robin van Persi sedikit merisaukan kem Arsenal. Fabregas pula dilihat masih belum bersedia untuk bermain. Berikut adalah barisan pemain yang diturunkan Arsenal :

Arsenal's Team XI

Almunia
Sagna---Koscielny---Vermaelen---Clichy
Cesc---Song--Diaby
Walcott---RvPersi---Arshavin

Subs: Fabianski, Gibbs, Eboue, Rosicky, Wilshere, Vela, Chamakh.

Seperti yang aku jangkakan dalam Preview, Arsenal telah membuat sedikit perubahan dari pasukan yang telah mengalahkan Blackpool minggu lepas. Robin van Persi dan Fabregas kembali mendapat tempat setelah dilihat cukup cergas untuk bermain. Koscielny pula kembali dari pengantungan satu perlawanan dan Song kembali ke posisi kegemaran beliau.

Chamakh direhatkan bersama Wilshere yang semakin mengukuhkan kedudukan dalam pasukan Arsenal. Tetapi memandangkan Arsenal perlu bermain menentang pasukan yang agak keras, jadi eloklah permain berpengalaman yang bermain. Di awal permainan Arsenal dilihat tidak mengahadapi masalah mengawal perlawanan. Dengan percubaan dari Diaby hampir saja menjaringkan gol awal.

Ketika permainan rancak berlangsung bersama hujan yang turun, Arsenal mendapat kelebihan awal apabila Walcott berjaya menjaringkan gol untuk memberi kelebihan kepada Arsenal pada minit ke-20. Gol berpunca dari gerakkan yang bermula dari RvPersi yang berjaya menolak bola mencari Walcott yang berjaya melepasi perangkap offside sebelum membuat larian terus ke kawasan penalti Blackburn dan terus melepaskan rembatan menewaskan Robinson.

Gol tersebut merupakan gol ke-4 Walcott untuk musim ini, Arsenal terus menguasai permainan untuk terus memberi tekanan kepada Blackburn. Tetapi kegembiraan Arsenal tidak berpanjangan apabila Blackburn membalas balik dengan jaringan Mame Biram Diouf (pemain yang dipinjamkan dari Manchester Utd) pada minit ke-27. Gol berpunca dari kerapuhan benteng Arsenal yang gagal mengekang El Hadji Diouf sebelum pemain tersebut membuka ruang kepada M.B.Diouf untuk menjaringkan gol.

Separuh masa kedua bermula dengan agak baik, dengan Arsenal perlu mencari gol selepas kedudukan 1-1 di separuh masa pertama tadi. Permainan Blackburn juga tidak kurangnya dengan asakan yang agak berbahaya terutama sekali dengan gerakkan set-piece tetapi barisan pertahanan kental menahan asakan Blackburn.

Enam (6) minit permainan berlangsung Arsenal kembali mendahului apabila Arshavin berjaya menjaringkan gol. Gol berpunca dari gerakan yang bermula dari sebelah kanan Arsenal, Sagna yang berjaya membuat hantaran mencari Fabregas di dalam kotak penalti sebelum Fabregas yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan tetapi di halang pertahanan Blackburn. Bola terbias kepada Arshavin sebelum beliau melepaskan rembatan deras menewaskan Robinson buat kali kedua. Arsenal berjaya mendahului 2-1 pada minit ke-51.

Kemudian Arsenal membuat beberapa pertukaran dengan Rosicky dan Wilshere dibawa masuk mengantikan Fabregas dan Arshavin. Kemasukan mereka memberi tenaga tambahan kepada Arsenal untuk menahan asakan Blackburn diminit-minit akhir. Wilshere juga mendapat peluang untuk meletakkan nama beliau selaku penjaring tetapi gagal selepas terjatuh semasa melakukan rembatan ketika beliau mempunyai ruang untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Tamat perlawanan, Arsenal akhirnya berjaya menewaskan Blackburn yang terbukti gagal menyekat prestasi baik Arsenal diawal kempen Liga. Tetapi kecederaan Robin van Persi memberi sedikit kerisauan di kem Arsenal, beliau yang kembali beraksi dilihat dibawa keluar pada minit ke-35 sebelum diganti oleh Marouane Chamakh. RvPersi dilihat mengalami kecederaan buku lali tetapi kita masih menanti laporan penuh dari ahli perubatan Arsenal. Hope RvPersi kembali beraksi untuk perlawanan berikut.

Aksi Fabregas juga tidak begitu baik apabila banyak bola yang dihantar kepada beliau gagal di sambut dengan baik dengan hantaran yang kadang-kadang kurang tepat ketika Arsenal dilihat mampu menambah jaringan dengan gerakkan counter attack. Tapi aku paham yang Fabregas masih tercari-cari rentak beliau, bukan kerana tidak memberi sepenuhnya komitmen. Aku juga tertarik dengan gaya rambut baru Alex Song, gaya rambut tersebut seakan Abel Xavier.

So dengan kemenangan pada malam ini, Arsenal terus mengekalkan rekod bersih diawal permainan apabila masih belum kalah dalam sebarang perlawanan. So teruskan aksi cemerlang Gunners, kami sentiasa bersama anda. Arsenal akan menyambung berjuangan dua (2) minggu lagi untuk memberi ruang kepada jadual kelayakan dan perlawanan persahabatan antarabangsa. So perlawanan seterusnya pada 11 September menentang Bolton Wanderes di Emirates. So cukup dulu setakat ini, Adios!!!

Cayalah Arsenal!!!Go Gunners Go!!


bbhltsvj02jg
Uploaded by arsenalist. - Have a look at more lifestyle videos.

3 comments:

  1. aku raser febregas n vps belum cukup cergas tok bermain.. diharapkan rehat seminngu nie akan memberikan mereka ckup masa untuk mengmbalikan fitness mereka...rehatkan van persie n cesc...masukkan carhmarh n rosicky...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan