14 August 2010

Arsene Wenger Kekal Bersama Arsenal Sehingga 2014

Arsenal hari ini mengumumkan berita gembira sebelum sepak mula EPL, dimana pengurus Arsene Wenger telah bersetuju dan menandatangani kontrak lanjutan selama 3 tahun dimana akan mengekalkan beliau bersama Arsenal sehingga 2014. Ini sememangnya memberi kabar berita gembira kepada pemain Arsenal dan seluruh penyokong Arsenal.

He said: 'My heart belongs to Arsenal and my desire is to see this team win silverware. My commitment and drive are as strong and fresh as ever.

'Signing a new deal means that I can see this talented group of players reach their potential. Trust me, they are ready to deliver.


Wenger merupakan pengurus paling lama dalam sejarah Arsenal, telah membawa pasukan mengecapi kejayaan pada tahap tertinggi dan berjaya mencungkil bakat pemain di seluruh dunia. Beliau juga merupakan orang yang membawa perubahan dalam cara permainan bosan Arsenal kepada pemainan yang lebih menarik dan beliau juga telah membawa Arsenal ke satu era dimana Emirates Stadium telah dibina dengan jayanya sebagai stadium baru Arsenal. Begitulah jasa beliau sepanjang beliau bersama Arsenal selama 14 tahun yang lalu.

So dengan berita gembira ini sebelum sepak mula EPL, aku berharap seluruh pemain dapat memberi seluruh tumpuan untuk musim ini bagi membawa piala pulang ke Emirates buat pertama kalinya. Aku juga berharap Cesc Fabregas akan terus bersama Arsenal dan Wenger bagi terus mencipta sejarah kelab.

Akhir kata, selamat maju jaya kepada Wenger untuk kontrak baru beliau nie..hope musim baru nie dapat memberi sesuatu kepada Arsenal. Dan berharap lebih ramai pemain berbakat akan datang ke Arsenal. So jangan lupa esok nantikan pre-match aku tuk Arsenal v Liverpool...

In Wenger We Trust!!!!! Go Arsenal Go!!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan