Final Friendly: Legia Warsaw v Arsenal 5-6

Arsenal mengakhiri perlawanan persahabatan terakhir dengan kemenangan tetapi timbul keraguan dibahagian pertahanan Arsenal setelah melihat Arsenal menang hanya dengan 6-5 menentang kelab dari Poland iaitu Legia Warsaw. Fabianski yang disebut-sebut akan mengantikan Almunia sebagai penjaga gol No.1 Arsenal aku rasa masih belum layak dengan aksi beliau pada perlawanan ini sekaligus memberi isyarat jelas kepada Wenger bahawa Arsenal perlu membeli penjaga gol yang lebih bagus dan berpengalaman. Berikut adalah barisan pemain yang beraksi:

Arsenal's Starting XI

Fabianski
Sagna---Koscielny---Vermaelen---Clichy
Wilshere---Frimpong---Nasri
Walcott---Chamakh---Rosicky

Subs: Szczesny,Nordtveit,Gibbs,Eboue,Lansbury,JET,Vela.

Arsenal menurunkan pasukan yang hampir lengkap ketika kunjungan kali ini melainkan hanya beberapa pemain utama sahaja yang tidak menyertai. Perlawanan yang nampak agak senang tetapi bertukar tragedi pada separuh masa pertama dimana Arsenal ketinggalan 3-0 sebelum Chamakh merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama. Arsenal ketinggalan selepas penjaga gol dan pertahanan beraksi sangat teruk. Dengan persoalan terbias kepada barisan pertahan yang dibarisi Sagna,Koscielny,Vermaelen dan Clichy. Jelas berdasarkan permainan kali ini, Arsenal perlu kembali memperkukuhkan barisan pertahanan bagi menghadapi perlawanan pertama liga menentang Liverpool pada 15 Ogos nanti.

Pada separuh masa kedua Arsenal membuat beberapa pertukaran dengan memasukan Vela,Eboue,Gibbs dan Szczesny dan pada pertengahan permainan membuat sekali lagi pertukaran dengan memasukan Nordtveit, Lansbury dan JET. Arsenal pada separuh masa kedua menunjukan pemainan yang sangat baik walaupun masih menunjukan pemainan lemah dibahagian pertahanan. Dibahagian serangan ada perubahan besar dengan Eboue berjaya merapatkan kedudukan kepada 3-3 sebelum Gibbs memberi pendahuluan kepada Arsenal. Kemudian Legia Warsaw menunjukkan sekali lagi kelemahan benteng Arsenal dengan menyamakan kedudukan 4-4. Arsenal bingkas bangkit dengan gol kelima dari JET sebelum Nasri menyempurnakan sepakan percuma diluar kotak penalti untuk kedudukan 6-5. Tetapi kerapuhan benteng ditunjukkan sekali lagi diakhir permainan untuk Legia Warsaw sekali lagi mencuri tumpuan dengan gol terakhir untuk kedudukan penuh 6-5.

So apa pendapat korangan dengan permainan Arsenal malam td???Aku rasa dari segi menyerang Arsenal sememangnya bagus dan terbukti dengan 6 gol yang tercipta oleh barisan serangan Arsenal. Tetapi persoalan timbul dengan gol yang dilepaskan oleh barisan pertahanan dan penjaga gol Arsenal. Memang diikutkan come-back Arsenal cukup bagus untuk kempen kali ini tetapi masih banyak perlu diperbaiki lagi. Jadi sebelum sepak mula Liga Perdana English, aku berharap Wenger mampu melakukan sesuatu bagi menutup kelemahan tersebut. So sebelum aku akhiri pre-match kali ini, aku nak kongsi video perlawanan semalam.
So Enjoy The Game!!!Forever Arsenal!!

p/s: sebarang pendapat dan komen sila tinggalkan di ruang yang disediakan dibahagian komen


Comments

  1. yups..agree...Mr. wenger kne beli kepper baru... khabar angin mengatakan arsenal nak beli Pape Reina... mcm perang saiko jer sebelum start epl....Hmmm adakah??~

    ReplyDelete
  2. tak mungkin kot..
    takkan pape reina..
    huhu..

    ReplyDelete
  3. apa dh jadi dengan arsenal ni?takut aku tengok game malam tadi..6 gol tapi bolos 5 gol..nampaknye AW kena buat perubahan sebelum sepakmula epl dgn cari sorang keeper baru dan pertahanan baru..jika tidak harapan untuk bersaing dlm EPL tinggal harapan shj...fabianski dan keeper simpanan tu masih belum layak jadi Mr.No.1 please AW beli keeper baru yg telah diuji kebolehannya...pertahanan nampaknya gagal..carilah pengganti sebaik gallas...risau aku dibuatnya....

    ReplyDelete
  4. kah kah kah...
    patutlah xleh kehilangan fabregas

    ReplyDelete
  5. loh sama ja fabregas men ke tak..
    tak da kaitan pun ngan defend..lani Arsenal masalah defend ja..

    ReplyDelete
  6. bro,kalau fab xde makin teruk la korang.....ni baru kelab cikai,blum lwn big4....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil