28 August 2010

Tiga mata penuh buat Arsenal!

Yes! Team kita sekali lagi menunjukkan kualiti permainan bertaraf tinggi dengan ‘mengajar’ Blackburn, 2-1 hasil jaringan Wallcot dan Arshavin. Post match secara terperinci dah pun ditulis oleh saudara seputra, so di sini saya nak highligh beberapa perkara menarik yang dapat kita saksikan semasa perlawanan ni berlangsung:

cayalah Fab!!

1. Kembalinya kapten Fab selepas berehat panjang. Walaupun kurang menyerlah pada perlawanan kali ni, tapi Fabregas tetap member impak pada corak permainan Arsenal dengan hantaran-hantaran cantiknya. Paling penting Fab Berjaya menafikan cubaan Nelsen dengan tandukannya. Kalau bukan kerana Fabregas Arsenal pasti bolos buat kali kedua. Memang brilliant headed clearance. Fabregas juga terlibat dalam menghasilkan gol kedua Arsenal apabila sepakannya ditampan oleh penjaga gol yang kurang tampan, Robinson menyebabkan Arshavin bertindak pantas merembat bola muntah Robinson tersebut lalu menerjah gawang gol.


"Moga-moga aku bertambah ensem mcm pakcik aku atas ni", kata Song

2. Song melakukan kejutan! Bukan kerana dia menjaringkan gol atau bermain dengan terlalu cemerlang tapi kerana gaya rambut barunya. Rambut Song dipercayai melalui proses pengaratan apabila telah bertukar warna dari hitam ke putih keperangan. Mungkin Song cuba mengikut jejak langkah sepupunya, Rigobert Song yang juga berambut sama. Penyakit keturunan la ni.



Mak ai, sampai koyak jaring ni, bayangkan la kalo kene kepala aku, mau hilang ingatan aku ni

3. Wallcot mempamerkan sepakan mautnya yang diberi nama “sepakan maut Rasengan” yang dipercayai dipelajari dari naruto. Hebatnya sepakan tersebut hingga putus jaring gawang gol dikerjakannya. Hah! Rooney bole ke??



ko amek jela bola tu abu, aku bukan reti main pon, kalo nak suroh aku rejam bola tu bole le

4. Menariknya perlawanan kali ni adalah kita bukan saja dapat menonton perlawanan bola sepak, malah kita jug dapat menikmati sukan lempar peluru yang dipamerkan oleh salah sorang pemain Blackburn yang bernama Spendersen eh, Pedersen. Ok la tu, pakej, tengok bola dapat gak tengok orang lempar peluru. Oi Delap! Ingat ko sorang je bole lap bola??



aku skor! aku skor!

5. Arshavin tersengeh-sengeh macam kerang busuk selepas menjaringkan gol. Bangga la tu. Tapi takpe Arshavin memang superb! Go Arshavin!



aduhh jgn la injurd lagi, cukup-cukup la rehat panjang macam musim lepas

6. RVP dikeluarkan seawal minit ke-34 kerana masalah kecederaan selepas kakinya dirembat oleh pemain Blackburn. Harap-harap kecederaannya tak teruk. Pengganti RVP, Chamakh bagaimana pun berjaya menampung kehilang RVP dengan permainan kemasnya.



"Camne aku nk mark die, da die geletek ketiak aku" kata Kosc

7. Tak tahu la kenapa, rasanya Koscielny banyak buat silap pada perlawanan kali ni. Gol Blackburn boleh dihalang sepatutnya kalau koscielny berjaya menyekat kemaraan Diouf



Huga! Huga!

8. Diouf assist bola kepada Diouf, dan Diouf berjaya skor...............

Itu jela setakat ni, harap Arsenal dapat terus kekalkan prestasi mantap dan terus-menerus mencipta kemenangan.


GO GUNNERS!!

7 comments:

  1. Hahaha style la der!

    ReplyDelete
  2. syabas inspector sahab..! walaupun rupamu tidak kukenal tp post mu memecah belahkan pankreas ku.. yup koscielny byk buat silap, mgkin dia masih baru di EPL, pastu tekanan jiwa lg dek pegantungan ari tu n trlalu brhati2 mgkin berjaga2 kot2 ada lg makhluk cam joe cole dtg nk rembat dia.. kedudukan 2-1 mmg menggugat jantung aku..bkn apa pgalaman lalu meyaksikan yg arsenal selalu kena bedal last mnt..huh selamat sib baik mng gak..

    ReplyDelete
  3. terbaekk artikel camni la aku carik, ni asyik2 artikel copy paste tenet je, slalu2 la update bro

    ReplyDelete
  4. hahahahah!!! post kali ni kelakar !! best betul baca.. baru semangat sikit.. haha

    ReplyDelete
  5. best ulasan permainan mcm ni, sempoi~
    klu terlalu formal, boring jgk bace..
    lbh2 lagi ade gnbar, good Job bro~

    ReplyDelete
  6. Best artikel....lawak ade....informasi yang aku tak tau pun ader....cam penyakit rambut keluarga song 2....ROFL....
    well done....well research....well written....syabas

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan