Welcome to Emirates Henry!!

NEW YORK - Thierry Henry menyatakan hasratnya untuk kembali ke Arsenal selepas pengembaraan di Amerika Syarikat berakhir.

Bintang Perancis itu telah meninggalkan Barcelona untuk beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MSL) bersama New York Red Bulls minggu lalu dengan perjanjian kontrak empat setengah tahun.

Henry, 32, sebelum ini pernah beraksi bersama Arsenal selama lapan tahun, berjaya memenangi dua kejuaraan Liga Perdana England dan tiga kejuaraan Piala FA sebelum dia berhijrah ke Barcelona pada 2007.

Biarpun baru seminggu bergelar pemain Red Bulls, Henry telah melaungkan ikrar untuk kembali ke Emirates apabila dia sudah bersara sebagai pemain suatu hari nanti.

"Apa yang akan saya lakukan selepas bersara, itu saya belum pasti lagi tetapi saya mahu kembali ke Arsenal.

"Saya telah datang ke New York ini untuk mendapat peluang beraksi dan berusaha memenangi satu lagi kejuaraan. Selepas segalanya terlaksana kelak, baru saya akan fikir tentang itu.

"Tetapi walau apa pun keputusannya nanti, saya mahu kembali ke Arsenal juga biarpun hanya sebagai budak pengangkat air. Saya hanya cintakan kelab ini," kata Henry.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu turut menggesa kapten Arsenal, Cesc Fabregas supaya menolak tawaran untuk berhijrah ke Barcelona dan kekal bersama kelab utara London itu.

"Memang saya akui ia susah kerana Fabregas berasal dari Barcelona. Saya sendiri tidak akan suka berada dalam situasi sebegitu kerana dia berasal dari Barcelona tetapi sayangkan Arsenal.

"Sebagai salah seorang penyokong Arsenal, saya mahu dia kekal bersama Arsenal. Tetapi pada masa yang sama saya faham jika dia benar-benar mahu kembali ke kampung halamannya," jelas Henry.

- Agensi

Comments

  1. hehe titi klu dtg arsenal nk jd budak water boy je..ye la masa tu umur pon dh berapa..bkn boleh main lg pon..syg je..

    ReplyDelete
  2. Wow your blog is really really interesting! Arsenal forever! Although my blog isn't about Arsenal..Fully :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil