Update Dari Kem Arsenal

Mula sekali aku nak highlight kat korang pasal sorang pemain masa hadapan Arsenal, tak lain tak bukan iaitu Jack Wilshere. Beliau baru-baru nie menegaskan yang beliau mahu bermain untuk Arsenal pada musim ini, dan telah menyatakan yang beliau sangat bersedia dan kalau boleh tidak mahu dipinjamkan lagi ke kelab lain.

Jack yang berusia 18 tahun ternyata merupakan asset penting Arsenal dan England. Beliau yang di pinjamkan ke Bolton musim lepas telah melakukan 18 penampilan untuk Bolton dan berjaya menjaringkan 1 gol ketika menentang West Ham. Beliau ketika ini masih belum berbincang dengan Arsene Wenger berkenaan perancangan Arsenal musim ini, dan beliau sekali lagi menyatakan yang beliau akan berbincang dengan Wenger sedikit masa lagi.

Aku harap Wilshere akan terus diberi peluang untuk pre-season kali ini. Sekiranya beliau berjaya menunjukkan sekali lagi aksi yang mantap, aku rasa tak mustahil Wenger akan terus menaruh kepercayaan terhadap beliau. Untuk Emirates Cup nanti, aku berharap beliau akan beraksi.

Ini pula berita berkenaan Thomas Vermaelen, bintang baru Arsenal yang semakin mantap di kawasan pertahanan tengah. Beliau baru ini yang beraksi untuk kesemua perlawanan persahabatan Arsenal menyatakan yang beliau kini tidak kisah di gandingan dengan sesiapa pun di barisan pertahanan.

Beliau yang di uji bergandingan dengan Johan Djourou dan Laurent Koscielny setelah William Gallas, Mikael Silvestre dan Sol Campbell meninggalkan Arsenal menyatakan yang beliau tidak mempunyai masalah dengan pemain tersebut. Djourou dan Koscielny merupakan gandingan baru beliau musim ini.

Beliau sempat memuji usaha keras Koscielny ketika latihan dan berasakan yang Koscielny mempunyai kelebihan serta bagus membaca gerakkan lawan serta bagus di udara.

Johan Djourou pula dilihat sudah bersiap sedia memberi saingan di barisan pertahanan Arsenal. Beliau menyatakan baru-baru ini yang beliau telah bersiap sedia untuk aksi kesebelasan utama Arsenal musim ini. Walaupun masih di bayangi kecederaan musim lepas, Djourou pasti musim ini memberikan beliau kekuatan untuk beraksi kembali dan inilah masanya untuk beliau menunjukkan kebolehan beliau.

Setelah pemergian Gallas serta Silvestre, tempat Djourou semakin cerah di Arsenal. Tetapi dengan kemasukan Koscielny, beliau mempunyai sedikit cabaran untuk terus kekal dalam kesebelasan utama Arsenal untuk musim baru nanti. Melihat kepada tindak balas Djourou yang berjaya meneruskan aksi 90 minit ketika menentang Sturm Graz, aku melihat beliau telah pun bersedia untuk cabaran kali ini.

Azam musim baru beliau sudah semestinya ingin mengurangkan defisit gol Arsenal musim lepas. Musim lepas Arsenal melepaskan gol sebanyak 41 gol dan Djourou merasakan 41 gol terlalu banyak untuk sesebuah pasukan seperti Arsenal. So selamat maju jaya kepada Djourou aku ucapkan.

Last sekali aku ingin sentuh sedikit tentang budak baru Arsenal ini. Laurent Koscielny pemain pertahanan dari FC Loreint menyatakan yang beliau telah bersedia dengan permainan fizikal EPL.

Beliau menyedari untuk beraksi di sini beliau haruslah menunjukan kekuatan fizikal selain pantas membaca gerakkan lawan. Beliau juga sangat teruja untuk beraksi buat pertama kali di Emirates Stadium menetang AC Milan dalam perlawanan Emirates Cup pada 31 Julai nanti.

So aku rasa cukup dulu updates kali ini, walaupun tak seberapa tetapi sekurang-kurangnya memberi sedikit info kepada penyokong Arsenal di Malaysia..So kepada penyokong Arsenal, jangan lupa perlawanan persahabatan 27 Julai nanti Arsenal menentang SC Neusiedl 1919. So adios dari aku!! Go Arsenal Go!!!

Comments

  1. aku rasa koscielny boleh mngikut rentak prmainan EPL.. game friendly ni adlh pmbelajaran yg baik utknya mghadapi saingan EPL musim ni..cabaran besar juga utknya jika diturunkan utk game pmbuka tirai melawan liverpool.. n wilshere adlh antara player arsenal yg aku kagum..kagum sbb fizikalnya mcm bdk bwh 12 tp keupayaannya lebih drp tu.. bagus jika season ni dia brmain sbgai sub, seperti yg dibuat AW trhadap walcott..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil