30 July 2010

Tak Boleh Salahkan Fabregas

Cesc Fabregas, ketika menyertai Arsenal umur beliau baru 16 tahun ketika itu dan tiada seorang pun mengenali beliau. Beliau yang menyertai Arsenal dari Akademik Barcelona selepas Wenger terpikat dengan bakat yang beliau ada. Peraturan di Sepanyol yang menyatakan kelab tidak boleh mengikat sebarang kontrak dengan pemain berusia di bawah 18 tahun memberi peluang Arsenal mendapatkan beliau secara pindahan percuma dan hanya membayar wang pampasan terhadap Barcelona sahaja.

Beliau merupakan pemain tengah yang mempunyai bakat sempurna dengan skill yang begitu bagus dan mempunyai kepintaran dalam membuat hantaran bola. Wenger akhirnya berjaya mengilap bakat yang sedia ada kepada Cesc Fabregas yang anda nampak hari ini. Tetapi harus di ingat beliau sebenarnya produk dari Barcelona, kelab yang melahirkan begitu ramai pemain berbakat besar. Hakikat ini harus diterima oleh penyokong Arsenal setelah timbul isu Fabregas mahu pulang ke Barcelona.

Nama Fabregas mula meniti dibibir penyokong Arsenal setelah Wenger memperkenal beliau pada musim 2004-2005, pada ketika itu Patrik Vieira mengalami kecederaan panjang dan Wenger tidak ada pilihan lain selain mempercayai kebolehan pemain muda beliau ini. Pada awal kemunculan beliau, ramai tidak mempercayai kebolehan Fabregas beliau bergandingan dengan Giberto Silva dibahagian tengah Arsenal. Tetapi Fabregas akhirnya membuktikan kebolehan beliau mengawal bahagian tengah serta mampu membantu serangan Arsenal sepertimana Vieira lakukan.

Jadi mula dari saat itu, penyokong Arsenal setiap perlawanan teruja mahu melihat bakat muda ini terus beraksi. Fabregas juga merupakan pemain termuda yang pernah beraksi bersama Arsenal apabila beliau membuat kemunculan pertama pada umur 16 tahun 177 hari ketika menentang Rothenham United dalam Piala Liga pada 23 Ogos 2003. Selepas itu beliau tidak lagi memandang kebelakang. Beliau terus menerus meningkat dan tempat beliau di bahagian tengah telah menjadi kukuh selepas pemergian Patrik Vieira ke Juventus pada musim panas 2005-2006.

Kehidupan Fabregas tidaklah seindah disangka, selepas musim paling cemerlang Arsenal pada musim 2003-2004 apabila memenangi Liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kekalahan, Arsenal tidak pernah memenangi sebarang piala selain piala terakhir iaitu Piala FA yang dimenangi Arsenal pada 2004-2005. Ternyata dengan bakat yang Fabregas ada kita tertanya-tanya kenapa Arsenal tidak boleh konsisten memenangi piala setiap musim. Mungkin kerana faktor Wenger yang telah menjual begitu ramai pemain berpengalaman dan hanya membeli pemain muda berbakat sahaja??Atau pemain Arsenal memang sudah tidak mempunyai kekuatan fizikal bagi mengharungi cabaran Liga??

Tidak boleh disalahkan Fabregas jika beliau ketika ini mahu pulang ke Barcelona walaupun hati beliau masih ada dengan Arsenal. Ini berkemungkinan beliau melihat bekas kelab beliau itu telah memenangi begitu banyak kejuaraan selepas beliau keluar dari Barcelona dan merasakan yang beliau telah terlepas detik kegemilangan tersebut sedangkan di Arsenal sepanjang 7 tahun beliau ada disini beliau hanya memenangi 1 piala iaitu Piala FA sahaja.

Pada satu ketika, Fabregas dan Arsenal dilihat hampir saja memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim 2005-2006 tetapi selepas kecederaan ngeri yang menimpa Eduardo di Birmingham, pasukan Arsenal tiba-tiba hilang punca dan tidak lagi bermain seperti di awal musim. Arsenal terus dirundung malang, kecederaan demi kecederaan telah menjejaskan kempen Arsenal.

Arsenal selain memiliki pemain berpengalaman, mereka juga memiliki ramai bakat-bakat muda yang boleh ditonjolkan tetapi rata-rata pemain muda tidak mampu menggalas cabaran diperingkat tertinggi. Disebabkan itu Arsenal terus kebuntuan piala sehinggalah musim 2009-2010. Antara faktor lain juga disebabkan perpindahan Arsenal dari Highbury ke Emirates Stadium, pasukan Arsenal masih belum mampu membayangkan Emirates sebagai rumah keramat dan di awal musim pertama di Emirates, Arsenal gagal beraksi cemerlang.

Kerinduan Fabregas terhadap kampung halaman jelas nampak pada musim lepas, di mana semasa tempoh kecederaan Fabregas beliau dibenarkan pulang ke Sepanyol bagi meneruskan proses pemulihan. Disitu beliau telah berjumpa kembali dengan bekas rakan pasukan beliau di Barcelona. Dari situ mungkin terdetik dalam hati beliau yang suatu hari nanti beliau akan kembali juga bersama gergasi Eropah ini.

Jelasnya, selepas kembalinya dari kecederaan beliau terus dilanda gossip yang mengatakan beliau ingin pulang ke Barcelona. Tetapi beliau masih menyembunyikan perasaan tersebut dan terus memberi tumpuan terhadap perlawanan Arsenal. Sehinggalah ketika suku akhir Champion League, di mana Arsenal dijadualkan bertemu Barcelona.

Pada perlawanan pertama di Emirates Stadium, beliau berjaya membuktikan pengaruh beliau di atas padang menentang bekas pasukan beliau dari Sepanyol. Menjaringakan gol penyamaan pada penghujung perlawanan untuk memberi sedikit harapan, tetapi masih belum mencukupi untuk membawa Arsenal terus ke saingan seterusnya. Pada perlawanan tersebut juga beliau telah mengalami keretakan pengelangan kaki dan telah menutup peluang beliau untuk baki perlawanan Liga. Selepas itu Barcelona dengan kosisten menunjukan minat untuk membawa balik Fabregas ke Nou Camp.

Sebelum sepak mula Piala Dunia, Fabregas dengan terbukanya menyatakan hasrat beliau kembali ke Barcelona, bermula detik dan saat itu pelbagai spekulasi berkenaan masa depan Fabregas di Arsenal telah di mainkan di media seluruh dunia. Tetapi Wenger memberi keyakinan kepada Fabregas untuk terus fokus kepada Piala Dunia kali ini dan biar beliau yang menyelesaikan masalah berkaitan masa depan beliau.

Nasib Fabregas begitu baik, walaupun masih belum cergas sepenuhnya nama beliau terus dipanggil mewakili skuad Piala Dunia Sepanyol. Tetapi masih hampa apabila hanya digunakan sebagai pemain simpanan sahaja. Tetapi itu tidak bermakna Fabregas tidak mampu bersaing di bahagian tengah Sepanyol, mungkin faktor kecederaan beliau yang masih dibawah pengawasan telah membataskan penyertaan beliau kali ini.

Tetapi pengorbanan beliau dan kesabaran beliau berbayar apabila Sepanyol berjaya muncul Juara Piala Dunia edisi kali ini buat pertama kalinya dan menjadi sebahagian ahli pasukan pertama Sepanyol yang berjaya mencipta sejarah tersebut. Pada perlawanan tersebut Sepanyol berjaya mengalahkan Holland dengan 1-0 hasil jaringan Andres Iniesta selepas menerima hantaran Fabregas. Bagi aku sumbangan Fabregas cukup besar untuk kejayaan Sepanyol kali ini walaupun beliau jarang beraksi.

So sekiranya Fabregas kekal di Arsenal, aku sangat menghargai pengorbanan beliau dan hanya mengharapkan yang Arsenal akan mampu memenangi Piala pada musim 2010-2011 ini nanti. Dan sekiranya beliau berpindah, aku tidak akan salahkan beliau kerana memang Barcelona merupakan kampung halaman beliau. Lagi2 Barcelona tengah berada dipuncak kegemilangan dibawah bimbingan Pep Guardiola. So aku rasa pilihan ditangan beliau dan Wenger, masa akan menetukan semua takdir beliau di Arsenal.

So to all Gooners di Malaysia, jangan salahkan Fabregas sekiranya beliau akan berpindah ke Barcelona juga suatu hari nanti. So cukup dulu setakat ini, ayuh kita fokus untuk musim baru nanti. Sebelum aku akhiri, nie video kompilasi Fabregas sepanjang beliau di Arsenal.
So What Ever Happen, We Still Be A Gooners!!!Forever Arsenal!!!Yeahhhhh!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan