16 July 2010

Pre-Match Friendly: Barnet v Arsenal FC

Salam, to all Gooners..Esok Arsenal akan memulakan musim baru dengan perlawanan persahabatan menentang Barnet di Underhill Stadium. Perlawanan tetap setiap musim Arsenal ini merupakan perlawanan pertama bagi menguji barisan pemain baru dan lama serta pemain muda yang akan diserapkan ke dalam pasukan utama bagi menghadapi musim 2010/2011.
Berikut merupakan barisan pemain yang bakal diturunkan oleh Arsene Wenger:

Arsenal Malaysia's Predicted XI

Almunia
Nordtviet---Koscielny---Vermaelen---Gibbs
Wilshere---Eastmond---Nasri
Walcott---Chamakh---Arshavin

Melihat pada barisan pemain yang tersenarai di Arsenal.com, aku rasa ini barisan terbaik yang bakal Arsene Wenger turunkan bagi memberi peluang kepada Koscielny dan Chamakh bagi menyesuaikan diri dengan pemain Arsenal. Chamakh dijangka akan bergandingan dengan Walcott dan Arshavin dengan formasi yang dijangka akan diturunkan ialah 4-3-3.

Dibahagian tengah, Jack Wilshere yang kembali selepas tempoh pinjaman selama 6 bulan bersama Bolton dijangkakan akan bergandingan dengan Craig Eastmond, pemain yang meningkat naik dan memiliki potensi sebagai back-up Alex Song. Nasri yang terlepas kempen Piala Dunia bersama pasukan Perancis akan turun bersama.

Bahagian bermasalah Arsenal,iaitu barisan pertahanan dijangka akan memperkenalkan pemain baru iaitu Laurent Koscielny yang akan bergandingan dengan Thomas Vermaelen. Gibbs yang kembali pulih dari kecederaan buku lali pada musim lepas akan turun beraksi bersama seorang lagi pemain muda iaitu Havard Nordtviet yang akan mengambil posisi pertahana kanan. Dan Almunia akan berada sebagai penjaga gol utama.

Aku juga berharap pada separuh masa kedua, Wenger akan memperkenalkan beberapa muka baru pemain muda Arsenal yang akan diberi peluang seperti, Connor Henderson (midfield), Ignasi Miguel (pertahana), dan Emmanual Frimpong (midfield). Manakala pemain utama Arsenal terutamanya Cesc Fabregas, Robin van Persi, Alex Song, Sagna, Clichy, Diaby, Bendtner masih diberi pelepasan menyambung cuti selepas tamat kempen Piala Dunia.

Jadi, aku harapkan perlawanan persahabatan pertama ini menjadi permulaan yang baik bagi skuad muda Arsenal yang bakal berjuang pada musim baru ini bersama Jersey baru yang best..So to all Gooner seMalaysia, jum2 kita tgk Arsenal main. Ada live ke??hehe..so pada yang bleh tgk online tuh mohon update sket. Aku predict game nie Arsenal menang 3-1. Go Arsenal Go!!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan