Kenapa Penyokong Arsenal Patut Berbangga

Sejak kebelakangan ni, kita selalu dengar orang ramai cakap Arsenal dah hampeh, Arsenal makin ke belakang, Arsenal dah XXX tahun tak menang piala, Arsenal itu, Arsenal ini, tapi berasas ke kritikan diorang tuh? aku pun kadang-kadang rasa mual sebab kalau ada berita pasal Arsenal, mesti ada ayat 'Arsenal dah XXX tahun tak menang piala'. Jadi kat sini aku nak bagi info sikit kenapa kita patut terus berbangga menyokong Arsenal walaupun orang kata macam-macam. Apa-apa hal, aku nak buat perbandingan sikit antara Arsenal dengan musuh-musuh kita dalam BPL.

Liverpoodah - Aku heran kenapa orang tak sentuh langsung pasal liverpool yang sebenarnya makin ke belakang. Ok la, pertama sekali, kali terakhir liverpool menang BPL adalah pada musim 89-90. maknanya dah 2 dekad diorang tak menang liga. Media tak kecoh pun pasal ni. kali terakhir liverpool menang trofi pun community shield tahun 2006. maknanya dah 4 tahun diorang tak menang apa-apa. media buat tak tahu. (tapi kalau kita ingat tahun lepas, media kecoh Arsenal tak menang apa-apa selama 4 tahun). Lagipun, kita tahu Liverpool ni hutang banyak, 300 juta pound kot (mungkin lebih). tambah lagi untuk musim depan diorang tak main UCL, main Europa League je (hahaha), ini bermakna diorang akan kekurangan pendapatan sebab duit UCL ni memang banyak. tak mustahil kalau Liverpool jadi macam Portsmouth (ingat Leeds?). Jadi aku boleh kata, kalaulah aku penyokong Liverpool, memang aku rasa sedih dengan keadaan kelab.

Manchestee United - tak syak lagi MU adalah kelab yang paling berjaya dekat england dan eropah sekarang ni, menang liga 3 musim berturut-turut, menang UCL, piala itu dan piala ini. tapi masalahnya, sampai bila? hutang yang MU tanggung dianggarkan bernilai 716 juta pound dan dengan kadar faedah bank yang makin meningkat, memang payah MU nak uruskan hutang diorang. Walaupun dapat 80j dari Ronaldo dan hasil komersial yang belambak-lambak, tapi masih tak mampu untuk uruskan hutang diorang. Walaupun begitu, tak boleh nak kata MU akan jadi cam LIverpool gak, sebab MU ada kelas diorang tersendiri, mungkin ramai kot tokan-tokan yang berminat nak selamatkan MU. tapi aku harap MU pun bankrap jugak la.

Chelsial - ok, memang tak dinafikan diorang kuat, musim lepas menang BPL ngan FA, kewangan pun ok sebab tokan rusia tanggung. tapi kalau kita tengok skuad Chelsial, memang ramai sangat yang dah tua, diorang pun dah lepaskan pemain-peemain berkualiti diorang (Ballack, Deco, Cole, ). Drogba, Anelka, Lampard pun dah sampai umur pencen. jadi Chelsial memang kena bina balik skuad diorang. tapi aku rasa apa yang menakutkan jadi penyokong Chelsial adalah sebab punca duit bergantung penuh pada Abramovich. Jadi, kalaulah Abramovich mati atau kena tembak atau masuk jel, sape yang nak bayar gaji pemain diorang yang mahal gila ni? kalau perkara macam ni jadi (harap-haraplah), terpaksa diorang jual pemain diorang, dan akhirnya? paham-paham jela.

Tottenhang Siput - takyah cerita, diorang bukan saingan kite, kite tunggu jela redknapp bikin bankrap diorang macam dia buat kat portsmouth.

Money City - sampah. aku tak rasa diorang boleh cabar untuk menang liga, tapi mungkin diorang boleh rebut tempat ke UCL.

Jadi, macamana pulak dengan Arsenal? ha.. sini aku nak bagi beberapa sebab kenapa kita patut berbangga sebagai penyokong arsenal.
  1. Arsenal masuk liga perdana england pada musim 1919-20 dan sejak itu arsenal tak pernah disingkirkan dari liga perdana (arsenal adalah satu-satunya kelab yang tak pernah disingkir, dan sekarang kita dah 91 tahun berada di liga perdana, MU baru masuk 37 tahun) . dan aku cukup bangga dengan fakta ni.
  2. kite ada stadium baru yang cun habis, dan sambil menyiapkan stadium ni, kita masih mampu kekalkan tempatkan ke UCL (memang takde kelab lain yang boleh buat macam ni) dan sekarang, dengan emirates stadium, kita dapat meningkatkan pendapatan.
  3. kewangan kita stabil dan kukuh, hutang dari pembinaan stadium akan dilangsaikan mengikut jadual dan kita tak perlu risau macam MU ngan Liverpool.
Jadi sebagai konklusi, aku boleh kata kita patut berbangga menjadi penyokong arsenal dan berterima kasih banyak pada arsene wenger yang membawa kita ke tahap ini. apa yang pasti, masa depan amat cerah untuk arsenal dengan pemain-pemain muda yang semakin menyerlah dan kewangan yang kukuh dan kita boleh yakin Arsenal akan terus menjadi nama besar dalam bola sepak eropah.


Comments

  1. tapi budak zaman sekarang mane nk tengok fakta2 dulu.Dulu lain sekarang lain.cam ne bro..kite jgn pikir kelab liverkolam tu.LIverkolam dah menang kejuaraan same seperi MAN KAyu tu 18 kali juara EPL.ARsenal pula 13 kali,chelshit baru 4 kali bro.Media bising sebab arsenal kelab besar,mempunyai peminat tersendiri dan pernah mancipta sejarah.Dan mungkin sebab arsene Wenger tu sendiri.
    Biarkan Media kecoh pasal arsenal dan di kritik tak menang piala pun.Ini mungkin arsenal adalah kelab yg disegani Di England..

    ReplyDelete
  2. wahhh...arsenall memang hebat..
    nak shear siikit boleh? :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil