22 July 2010

Jasamu Dikenang Eduardo !!

Akhirnya teka teki berkenaan pemain penyerang Arsenal iaitu Eduardo da Silva terjawab juga dengan Shakhtar Donetsk menjadi kelab yang berjaya membawa Eduardo keluar dari Arsenal selepas kedua belah pihak bersetuju dengan nilai perpindahan yang di anggarkan £6.2 Juta.

Shakhtar Donetsk telah mengikat kontrak Eduardo yang berusia 27 tahun selama 4 tahun. Pemergian Eduardo ke Shakhtar turut berkait rapat dengan keinginan beliau untuk bermain sebagai pemain utama pasukan dan memandangkan Arsenal telah mengambil Marouane Chamakh, tempat Eduardo telah menjadi terlalu tipis untuk beraksi.

Sedikit berkenaan Eduardo, beliau menyertai Arsenal pada 3 Julai 2007 dengan nilai perpindahan yang dirahsiakan dan mengikat kontrak selama 4 tahun. Kehadiran beliau pada mulanya tidak begitu popular ini kerana beliau yang hanya mempunyai reputasi di Dynamo Zagreb dengan rekod jaringan yang agak baik telah dilihat oleh Wenger sebagai penganti Theirry Henry yang telah berpindah ke Barcelona.

Beliau yang berdarah kelahiran Rio De Janeiro, Brazil merupakan pemain kebangsaan Croatia dimana beliau telah mendapat kerakyatan Croatia setelah berpindah ke Croatia ketika berumur 15 tahun. Ketika karier beliau bersama Arsenal, beliau telah menjadi ancaman kepada pertahanan lawan pada musim pertama beliau bersama Arsenal. Dan peristiwa yang pasti tidak akan dilupakan oleh beliau sepanjang 3 tahun beliau bersama Arsenal sudah semestinya peristiwa di Birmingham City dimana kaki kiri beliau telah patah akibat terjahan keras Taylor pertahanan Birmingham.

Aku berasa amat sedih dengan nasib Eduardo yang terpaksa melupakan karier beliau bersama Arsenal akibat prestasi beliau yang agak menurun dan tidak mampu memberi saingan terhadap penyerang Arsenal yang lain. Eduardo juga melahirkan rasa sedih beliau yang terpaksa meninggalkan Arsenal untuk terus bermain dalam kesebelasan utama. Oleh itu aku mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang 3 tahun beliau bersama Arsenal. Walaupun agak singkat, tetapi impak yang dibawa Eduardo amat bermakna kepada Arsenal dan seluruh penyokong The Gunners.

Jadi untuk akhirnya, aku nak paparkan video kenangan sepanjang Eduardo bersama Arsenal. Seluruh penyokong Arsenal di Malaysia mengucapkan selamat maju jaya Eduardo!! We All Love You!! Good Luck Eduardo!!


1 comment:

  1. Aku suka dudu ni..walaupun x byk main aku mmg suka karektor nya yg x byk cakadak.. cool.. tenang dan berhati murni.. kalu dia muslim ni aku rasa cnfirm x tgl solat ni..

    Apapun selamat pergi dudu..jasamu dikenang.. semoga kau jadi manusia terhensem di shakhtar donetsk..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan