Friendly Review: Barnet-0 vs Arsenal-4

Perlawanan pemanas badan pertama Arsenal musim ini menampakkan kemantapan dan kematangan dalam permainan. Di barisi pemain-pemain muda, Arsenal berjaya menewaskan lawan dari League Two, Barnet FC dia Underhill Stadium dengan 4-0. Berikut merupakan kesebelasan utama Arsenal:

Arsenal XI

Fabianski
Nordtveit---Koscielny---Vermaelen---Traore
Wilshere---Frimpong---JET
Rosicky---Simpson---Arshavin

Subs: Szczesny, Mannone, Miguel, Djourou, Gibbs, Eastmond, Nasri, Henderson, Lansbury, Barazite, Walcott, Chamakh.

Sedikit kejutan pada awal permainan apabila penjaga gol utama Arsenal tidak bersama skuad utama pada perlawanan pertama ini dan Eduardo turut tidak kelihatan. Ini menguatkan lagi yang Wenger tengah memerhati penjaga gol baru dan Eduardo dijangka akan meninggalkan Arsenal. Tempat Almunia diambil Fabianski untuk permulaan kesebelasan. Marouane Chamakh juga tidak memulakan aksi dengan Simpson memulakan aksi.

Untuk perlawanan malam ini, Arsenal ternyata menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dengan beberapa gerakan dan percubaan yang berbahaya. Arsenal membuka gol perlawanan dengan bergaya apabila Arshavin mudah memperdaya penjaga gol Barnet selepas berjaya meloloskan diri dari pertahanan Barnet pada minit ke-2.

Pada minit ke-16 pula Jay Simpson yang pulang dari pinjaman di QPR memberi kelebihan kepada Arsenal dengan 2-0 apabila bijak menolak masuk bola ke gawang selepas menerima hantaran dari Jack Wilshere.

Dan ketika permainan separuh masa pertama hampir saja tamat, Arsenal terus melebarkan penguasaan dengan gol ke-3 berpunca dari serangan balas dari Arshavin yang membuat larian disebelah kiri sebelum bijak mencari Wilshere di dalam kotak penalti. Wilshere yang mempunyai cukup ruang untuk melepaskan rembatan terus bertindak bijak dengan mengumpan bola kepada Simpson yang sekali lagi menolak masuk bola ke gawang Barnet menjadikan Arsenal 3-0 pada minit ke-44.

Separuh masa kedua bermula dengan pertukaran pemain untuk keseluruhan pemain, dengan Chamakh di masukkan untuk memberi perlawanan pertama beliau bersama Arsenal. Aksi penguasaan Arsenal berterusan tetapi gerakan memburu gol agak terbatas dengan kurang sedikit kesefahaman antara pemain muda dan pemain utama. Tetapi Arsenal berjaya juga meneruskan penguasaan bila mana Samir Nasri menjaringkan gol ke-4 Arsenal pada minit ke-74 selepas pertahana Barnet melakukan kesilapan sebelum di rampas oleh Samir Nasri lalu merembat menewaskan penjaga gol Barnet.

Untuk keseluruhan perlawanan, aku tengok Laurent Koscielny bermain agak bagus bersama Vermaelen dan sangat yakin dengan aksi beliau. Manakala Marouane Chamakh masih memerlukan kerja keras untuk membuktikan bisa beliau di EPL. Pemain muda Arsenal terutama Jack Wilshere sangat bagus pada perlawanan tadi dengan umpanan gol yang sangat menarik. Jadi untuk perlawanan seterusnya, aku mengharapkan lebih dari pemain Arsenal. So, kepada Gooners semua, cukup dulu sampai disini..Adios!!! Go Arsenal Go!!!

Comments

  1. waah cekmat no.10 tuu..caya lah..kesian persie, dh lama tunggu no.10..

    ReplyDelete
  2. itu friendlynye nombor kot...
    cube tgk sape pakai nombor 4...

    ReplyDelete
  3. a ah la..ni sume nombor friendly..nama pon takde kat jersey hehe

    ReplyDelete
  4. nak highlight arsenal hari tu, donlod kat sini..mf lg=]
    http://just4passions.blogspot.com/2010/07/16-07-10-arsenal-4-0-barnet-2010.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil